Bab 26: Bilik Air Ketiga

111 16 0
                                    

Di Rumah Sewa TBM, pukul 6.15 pagi.

DILAN memukul empat biji telur di dalam sebuah mangkuk dan kemudiannya memasukkan telur itu ke dalam kuali kerana ingin memasak telur itu menjadi telur kucai atau scrambled eggs. Selepas itu, dia menyapukan mentega pada beberapa keping roti dan membakar roti-roti itu menggunakan kuali leper. Usai membuat sarapan, Dilan meletakkan makanan itu di atas meja dan menutupnya menggunakan saji.

Dilan menaiki tangga untuk ke bilik Zull kerana ingin menjenguk Zull. Selalunya Zull sudah bangun pada waktu begitu, namun dia kepelikkan apabila belum melihat batang hidung Zull. Dilan menaiki tangga kecil untuk ke bilik Zull yang berada di atas loteng. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu.

Namun, tiada sahutan daripada Zull lalu Dilan membuat keputusan untuk membuka pintu itu sendiri. Selepas membuka pintu dan menjenguk keadaan di bilik Zull, Dilan mengerutkan dahinya. Zull tiada di dalam biliknya itu. Dilan mengetap bibirnya dan kemudian, dia beralih pula ke bilik Joshua dan Harun kerana ingin mereka mengerjakan solat subuh dan makan sarapan bersama-sama.

Akhir sekali dia menuju ke bilik Niel yang berada berhadapan dengan biliknya. Dilan mengetuk pintu terlebih dahulu. Namun, disebabkan tiada sahutan, Dilan akhirnya membuka pintu bilik Niel.

"Ak!"

Dilan terpaku apabila melihat Zull yang sedang tidur di atas lantai bilik Niel. Dilan mengalihkan pandangan ke arah Niel yang sedang tidur di atas katil. Dia mengetapkan bibirnya dan menuju ke arah Zull.

"Zull, bangun Zull. Solat dan mandi. Pukul 6.30 dah ni. Nanti lambat ke sekolah." Dilan mengejutkan Zull daripada tidur dengan lembut. Zull menggeliat dan terduduk.

"Ha, apa Dee?" Zull menggaru pipinya.

"Bangun, mandi dan solat. Aku nak kejutkan Niel. Kenapa kau tidur bilik dia?"

"Hah!? Oh...entah. Kejap!"

Zull mencari sesuatu di dalam rambut afronya dan kemudian mengeluarkan sebatang kunci. Dilan kepelikan apabila melihat Zull mengambil sebuah kunci. Zull bingkas bangun dan membuka gari di tangan Niel dengan penghadang katil. Dilan meliarkan matanya.

"Zull, kenapa kau gari tangan Niel!?"

"Hahaha! Woi, bangunlah Pudina! Sekolah, sekolah, sekolah!" Zull menarik pipi Niel kuat sehingga Niel mengerang kesakitan.

"Aw!" Niel mengaduh.

"Zull, janganlah buat dia macam tu."

Dilan menarik tangan Zull kerana cuba menghalang Zull menarik pipi Niel lagi. Niel terduduk di atas katilnya dna merenung Zull tajam.

"Kau dah kenapa!?"

"Ha, Pudina dah bangun Dee. Jom keluar."

"Niel, maaf...."

Balas Dilan sebelum ditarik keluar dari bilik Niel. Niel menjeling Dilan dan Zull tajam dan bingkas bangun. Dia menuju ke arah pintu biliknya dan mengunci pintu itu dengan perasaan geram.

...

DILAN, Joshua dan Harun sedang menjamu selera di dapur. Joshua memandang Dilan dengan pandangan ingin tahu. Dia mengunyah roti dengan perasaan berat hati. Kemudian, Zull memasuki ruangan dapur dan duduk di kerusi berhadapan Joshua dan Harun. Zull mengambil sekeping roti sandwich dan menyuapkannya ke dalam mulut.

"Sedap?" duga Joshua dengan wajah geram. Zull melihat Joshua dan mengangguk.

"Hm, kenapa tiba-tiba tanya? Tak pernah pun tanya Zull sedap ke tidak makanan yang Dilan sediakan. Lagi satu, muka abang macam tahan berak. Abang nak berak ke?"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now