...
SEORANG perempuan yang memakai seluar berwarna hitam, berbaju merah dan berjaket hitam menaikkan tangannya ke atas. Di tengah baju T-shirt yang dipakainya itu terdapat satu huruf berbentuk G yang bermaksud 'GUARDIANA' iaitu pakatan yang dibinanya dan menyatukan semua batu-batu permata Pahlawan Pelindung yang hanya diwakili oleh wanita sahaja. Serentak itu juga, Buadinosaria naik ke atas langit sambil meronta-ronta.
"Erhhhh..."
Perempuan itu menggunakan seluruh tenaganya untuk mengangkat ia ke atas. Dia mahu membawa Buadinosaria ke tempat yang tiada orang. Perempuan itu merupakan pemegang batu permata minda atau Mimi Nazira dan digelar sebagai Minda di dalam Guardiana.
"Minda, kau boleh lakukannya. Sikit sahaja lagi."
Sokong pemegang batu Tanah, dan digelar sebagai Tanah di dalam Guardiana. Dia merupakan kawan sekelas Mimi Nazira dan bernama Fara Dhia.
"Okey sikit lagi, sikit lagi demi Muma dan Juma. Aku nak tengok mereka membiak."
Bisik hati Minda dan memujuk hatinya sendiri. Muma dan Juna ialah nama yis yang dia sedang kaji sekarang ini di dalam petri dish. Dia seorang yang genius dan sangat obses dengan eksperimen dan spesies mikroorganisma.
Namun, tanpa disedarinya ekor Buadinosaria sedang menuju ke arahnya kerana ingin melempar Minda jauh dari situ. Kawannya Tanah, melindungi Minda dengan menggunakan kuasa pelindung tanah miliknya. Hal itu telah menyebabkan tumpuan Minda terganggu dan terjatuhkan Buadinosaria ke dalam laut kembali.
Terjunan Buadinosaria itu telah membuatkan suatu percikkan besar berlaku sehingga menuju ke arah jambatan yang dipenuhi oleh kenderaan dan orang ramai yang telah terperangkap di situ.
"Icy slider!"
Teriak pemegang Batu Permata Naga Ais, atau digelar sebagai Ais di dalam kumpulannya yang digelar sebagai 'Army'. Air yang hampir menghentam jambatan itu bertukar menjadi ais dalam sekelip mata. Ais atau Adam turun dan memijak daratan di atas jambatan tersebut.
"Korang semua tak apa-apa. Nasib baik saya datang tepat pada masanya." Tegur Ais kepada ahli-ahli Guardiana.
"Um, kami okey. Nasib baik awak datang, kecut perut saya dibuatnya semasa melihat percikkan air sebesar ombak tu. Ingatkan tsunami dah. Haha."
Balas pemegang batu permata Air dan digelar sebagai Air di dalam Guardiana. Dia merupakan kawan kelas sebelah Mimi Nazira dan Fara Dhia, Ng Mei Mei.
"Mana yang lain?"
Sampuk pemegang batu permata Ringan pula, dan digelar sebagai Wing di dalam Guardiana kerana kuasa terbang yang dimilikinya itu. Dia merupakan kawan sekelas Ng Mei, Raudhah.
"Oh, diorang tak sampai lagi ke? Saya dah telefon mereka, mungkin kejap lagi mereka akan sampai. Jadi, apa kita nak buat dengan benda itu sekarang ini? Ini kali pertama saya menentang raksasa. Selalunya saya hanya selesaikan kes rompakan, jenayah." Balas Ais selamba.
"Samalah dengan kami. Sesiapa ada idea bagaimana untuk kita menewaskan dia?" soal Minda dan menuju ke arah mereka semua dan memandang wajah semua ahli kumpulannya termasuklah Ais.
"Dia akan menyerang balik dalam bila-bila masa sahaja. Kita harus fikirkan rancangan dengan cepat." sampuk pemegang batu permata Angin atau digelar sebagai Angin.
Angin merupakan kawan baik Minda dan duduk bersebelahan Minda di dalam kelas 5 Sigma itu. Namanya ialah Hormila Ganeson atau Mila. Minda dan yang lain mengangguk faham.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...