...sambungan Bab 5

177 20 20
                                    

...

Rumah Night Stalkers, Pukul 2.15 petang.

TINA membuka pintu pagar rumahnya dan memasuki perkarangan rumah. Dia baru balik dari sekolah seorang diri. Henna masih berada di sekolah untuk menolong Prof Rachan. Dia memandang halaman rumah sewa mereka dengan pandangan pelik. Kemudian, dia terus meluru masuk ke dalam rumah sewanya yang tidak berkunci. Tina mula berasa tidak sedap hati.

Dia memasuki rumahnya itu dan terus membeliakkan matanya. Pintu stor di tingkat bawah telah terbuka. Rumah itu juga sudah berselerak. Dia mengeluh dan duduk mencangkung memikirkan nasibnya yang perlu mengemas rumah nanti.

Jason, Robert dan Yassin sudah hilang. Dia teringat akan Ayumi, Ayuri, Yurina dan Mina yang berada di bilik atas. Tina menghempaskan beg galas di atas sofa ruang tamu dan menaiki tangga ke tingkat dua satu persatu dengan laju. Dia meluru masuk ke bilik Mina.

Tina menghembuskan nafas lega apabila Mina dan Ayuri masih lagi diikat bersama-sama. Mereka sedang meronta-ronta ketika itu kerana ingin dilepaskan. Tina menuju ke arah bilik Ayumi dan kemudiannya ke bilik Yurina dan Henna.

Dia bernasib baik, Ayumi dan Yurina masih berada di dalam bilik mereka dan sedang tidur. Tina terus ke biliknya dan menyalin pakaian Night Stalkers. Dia ingin mencari Jason dan yang lain. Mereka mungkin masih berada berhampiran tempat itu. Fikirnya.

Setelah selesai menyalin pakaian Night Stalkers, dia ke bilik Henna pula untuk mengambil baju Night Stalkers milik Henna. Dia menyumbatkan baju Henna ke dalam beg galas. Dia ingin memberinya kepada Henna nanti. Tina atau Kuning mengambil telefon pintarnya dan menelefon Henna.

"Henna, kau dah siap ke antiviral untuk mereka?" soal Kuning risau. Dia betul-betul berharap Henna telah berjaya menyiapkannya.

"Belum, tapi sudah hampir siap. Sudah hampir peringkat terakhir. Harap-harap ia menjadi sebab kami tak uji apa-apa pun." balas Henna.

"Ah, jangan cakap macam tu. Kalau tak jadi, habislah kita. Henna, Jason dan geng dia dah lari. Tak guna betul, tak boleh ke duduk diam dalam tu. Kenapa mesti lari. Penatlah baru balik sekolah, aku tak sempat mandi pun."

"Apa? Macamana sekarang ni?"

"Macam mana lagi, kita carilah mereka. Kau kat mana ni? Aku nak ambil kau, kita cari mereka sama-sama. Baju Night Stalkers kau ada dengan aku."

"Saya dekat Makmal Kimia Sekolah lagi. Em, kejap! Saya ke tempat sunyi sikit supaya tiada sesiapa nampak kita."

"Di mana?"

"Ummm, bangunan lama dalam sekolah. Saya tunggu awak di sana." ujar Henna pantas. Dia terus mematikan panggilan telefon dan membuka baju kot.

Tina atau Kuning meletakkan telefon pintar ke dalam poket seluar Night Stalkers. Dia menuju ke arah jendela dan memandang kanan dan kiri untuk memastikan tiada sesiapa melihatnya. Setelah pasti tiada sesiapa melihatnya di atas loteng itu dia terus terbang ke atas.

"Panasnya mak..." getus hati Tina atau Kuning apabila terkena bahang cahaya matahari yang terik.

Dia terus terbang menuju ke arah bangunan lama yang terdapat di dalam sekolah. Tetapi, bangunan lama itu telah diasingkan dengan pagar besi agar para pelajar tidak mencuri masuk atau ponteng di dalam bangunan lama itu. Bangunan lama itu bakal dirobohkan nanti.

Selepas sampai di atas bangunan lama sekolah, Kuning mencari tempat sesuai untuk mendarat. Dia memilih untuk mendarat di sebelah pokok sena. Kuning berteduh di bawah pokok sena itu. Tiba-tiba dia berasakan bulu romanya meremang.

"Aduh, kenapalah aku mendarat kat bawah pokok ni. Ramai pelajar cakap pokok ni ada 'penunggu'. Baik aku lari." bisik hati Kuning cuba bergerak pergi.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now