...
YURINA membuka pintu pagar rumah dan memasukinya dengan wajah penat. Ahlinya yang lain memasuki kawasan rumah mereka dengan lemah-longlai kerana kepenatan setelah berlatih di Hutan Simpan tadi. Tepat pukul 5.30 petang, mereka beransur pulang ke rumah. Yang lain sudah memasuki rumah, tetapi Tina masih lagi berdiri di hadapan rumah jirannya dengan senyuman lebar. Dia juga kepenatan, tetapi melihat rumah Dilan sudah cukup memberinya tenaga yang baharu. Tina cuba menekan loceng rumah jirannya itu, tetapi dihalang.
"Oi, kau ni tak pernah kenal erti penat agaknya. Masuklah rumah, esok pun boleh jumpa Dilan." Tegur Mina dengan wajah tidak berpuas-hati.
"Tapi..."
"Jom."
"Huh....Okey." Tina berjalan menuju ke arah rumahnya dengan lemah-longlai dan tidak bersemangat.
Dia mengikuti langkah Mina yang memasuki rumah. Sewaktu memasuki rumah, dia dapat melihat Yurina dan Henna terpaku di depan TV di ruang tamu. Dia dan Mina berpandangan kerana kepelikkan dengan reaksi dua orang kawannya itu.
"Kenapa korang macam terkejut aje ni?" soal Mina dan turut memandang ke arah TV.
Dia dapat melihat suatu berita tentang Night Stalkers, TBM dan juga musuh yang mereka lawan semasa di bank kelmarin.
"Ini kes semalam." Ujar Tina yang turut menyertai mereka.
"Ya." Yurina mengangguk.
"Kenapa baru hari ni diorang laporkan?" soal Mina pelik.
"Mungkin mereka suntingnya dahulu." Henna memberikan buah fikirannya. Yang lain sekadar mengangguk dan mendengar berita dan wawancara itu semula.
"Semalam kita digembar-gemburkan dengan berita mengenai kemunculan musuh manusia dan juga pewira kita di Bandar Bukit Berapi berdekatan dengan sebuah bank. Dikhabarkan pada ketika itu, ada cubaan merompak bank, tetapi ia digagalkan oleh pewira BBB dan juga pihak polis. Menurut Tuan, apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang ini? Adakah kemunculan wira ini suatu berita yang baik atau kurang baik?" tanya seorang wanita yang merupakan hos berita wawancara tersebut kepada seorang pengulas lelaki.
"Bagi perkara yang macam ini, kita perlu tengok siapa yang muncul dahulu, adakah pihak musuh atau pewira kita. Kalau pewira dahulu yang muncul, maknanya mereka yang membawa musuh ke sini. Jika musuh yang keluar dahulu dan menyerang manusia, dan pewira muncul untuk melindungi kita, maknanya pewira itu suatu berita yang baik. Melalui siasatan saya, musuh kita yang memulakan serangan dahulu. Jadi, pewira kita bukanlah ancaman negara. Sebaliknya, kita perlu berterima kasih kepada mereka." jawab pengulas itu dan jawapan itu mendapat tepukkan dari penduduk setempat. Mereka sedang berwawancara di luar studio pada ketika itu.
"Mereka selalu menang, maknanya mereka cukup hebat. Adakah Tuan juga rasa macam itu?"
"Itu, saya tak ada jawapan yang tepat. Boleh jadi mereka menang sebab musuh mereka tidak kuat dan masih lemah. Pada pandangan saya, yang merupakan penyiasat bebas kes paranormal, pewira BBB juga masih lemah. Jadi, mereka dalam bahaya kalau musuh sebenar mereka mula memunculkan diri."
"Tak guna, dia kata kita lemah." Mina mula menyinga.
"Dia betul." Bidas Yurina.
"Ha?" semua orang memandang ke arah Yurina.
"Dia betul, kita masih lagi lemah. Korang tak perasan? Aku rasa sebelum ni, nasib yang menyebelahi kita. Bagaimana kalau ia tertukar dan kita kalah? Dia betul, oleh sebab itulah kita berusaha dengan gigih untuk menjadi kuat sekarang ini. Tetapi, kita perlu buktikan kepada mereka yang kita sudah berubah menjadi kuat dan kita menang disebabkan kekuatan kita, bukan sebab musuh yang lemah." Jelas Yurina.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...