...sambungan 49

41 8 4
                                    

...

SEMENTARA itu, Ayuri memerhatikan keadaan hospital di sebalik kolam yang terdapat di taman hospital yang berada berdekatan hospital tersebut. Selepas mendengar pengumuman itu, Khai terus menyuruh Roy Azrai mengiringi Ayuri keluar dari hospital. Roy ingin menghantar Ayuri ke rumahnya, namun Ayuri berdegil kerana dia ingin melihat raksasa itu. Roy turut bersembunyi di belakang kolam. Pada ketika itu, pihak polis masih lagi belum sampai.

"Abang Roy." panggil Ayuri perlahan.

"Ya Cik Ayuri." jawab Roy berbisik.

"Ada nampak raksasa tak?" soal Ayuri.

Roy menggelengkan kepalanya, jadi Ayuri terus mengetapkan bibir. Dia ingin melihat raksasa terbabit, selepas itu barulah dia akan pulang. Ayuri menyukai raksasa. Kemudian, mereka berdua dapat melihat seorang remaja lelaki sedang menarik seorang budak perempuan yang sedang menangis ke van. Sebenarnya, Kerol telah menyuruh Zaf untuk mengumpulkan ramai manusia kerana mahu menjadikan mereka ahli suruhannya.

Kerol telahpun memukau Zaf dan Ahmad pada malam itu. Kerol belum membunuh mereka lagi kerana dia menunggu masa yang sesuai untuk membunuh dan menghidupkan Zaf dan Ahmad kembali menjadi Things. Hal ini kerana, dia ingin membunuh Ayumi dahulu dan kemudian, akan menyambungkan keratan badan Ayumi nanti dengan badan mereka.

Ayuri yang melihat perkara itu terus berlari menuju ke arah Zaf dan memukul kepala Zaf dengan tas tangannya, lalu menyebabkan Zaf pengsan dan terbungkam di situ. Ahmad pula sedang bersedia di dalam van sebagai pemandu. Kanak-kanak perempuan yang ditarik oleh Zaf pula terus melarikan dirinya.

"Woah! Hebatnya beg tangan aku ni. Sekali pukul pun dah pengsan. Apa yang aku letak dalam ni? Batu ke?" Oleh itu, Ayuri terus menyelongkar beg tangannya, kemudian dia mengeluarkan sesuatu.

"Oh, buku komik jumbo ni. Bila masa aku masukkan buku ni ke dalam? Oh ya, aku nak baca sambil melawat Auntie Sasya. Berguna betul buku komik ni. Sesiapa yang kata komik tak berguna lagi, aku akan hempuk kepala dia dengan beg tangan aku ni, tapi pada masa tu aku akan letak batu. Hehehe."

Ayuri ketawa jahat di situ seperti seorang penjahat yang sedang merencanakan rancangan jahatnya. Menyedari kejadian itu, Ahmad pula yang turun dari van yang diparkir tidak jauh dari situ dan kemudian menarik badan Ayuri kerana dia mahu menculik Ayuri sekali.

"Woi........! Abang Roy! Tolong!" jerit Ayuri dan meminta pertolongan.

Melihat perkara itu, Roy Azrai terus menuju ke arah Ahmad dan Ayuri, lalu menyepak lutut Ahmad. Oleh itu, mereka mula bertumbuk. Ayuri pula menggunakan peluang itu untuk meyelamatkan manusia yang telah ditangkap di dalam van. Dia membuka ikatan tali yang mengikat manusia itu dengan tergesa-gesa. Dia takut Ahmad tersedar dan menangkapnya sekali lagi.

"Cepat Ayuri, cepat." bisik hati Ayuri kalut. Namun, ikatan itu sangat susah untuk dileraikan. Malah, bunyi esakan tiga orang perempuan di dalam kereta itu telah membuatkan dia cemas dan tangannya menggeletar.

"Ini memang idea bodoh. Aku sepatutnya lari terus tadi. Kenapalah aku ni baik sangat. Aku dah berjanji nak jadi watak jahat. Watak jahat tak selamatkan orang." getus hati Ayuri sambil berusaha membuka ikatan tali itu.

Setelah berjaya, perempuan-perempuan itu keluar dari van dan terus melarikan diri mereka dengan lintang-pukang. Ayuri pula berjalan dengan laju dan bersembunyi di belakang kolam hospital semula. Dia tidak boleh meninggalkan Roy Azrai di situ. Bukan hanya Khai dan Jason sahaja yang merupakan kawan sejak kecilnya, Roy Azrai juga adalah kawannya semenjak kecil. Jadi, Roy sama penting seperti Khai dan Jason di dalam hidupnya.

Roy masih lagi sedang berlawan dengan Ahmad. Namun, tidak lama setelah itu, Roy berjaya menewaskan Ahmad dan mengikat badan Ahmad dengan tali yang digunakan untuk mengikat mangsa mereka di dalam van tadi.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now