...
HITAM menjerit lantang dan dengan serta-merta terus menerajang Puteh dengan menggunakan kekuatan ekstrimnya itu. Puteh terpelanting jauh dari situ. Setelah pasti Puteh tiada di tempat kejadian, Hitam terus menyeru pelindung berapi dan menghalakannya ke arah langit.
Serentak itu juga, suatu ANGIN yang KUAT menghala ke arahnya dan menyebabkan hampir satu suku pokok-pokok di hutan terbabit tumbang dengan begitu mudah. Mujur pelindung Hitam bisa melindunginya walaupun impaknya masih boleh dirasai oleh Hitam.
Hitam masih lagi cuba mengawal pelindung apinya sehinggalah pelindungnya itu musnah secara tiba-tiba apabila sesuatu telah menghancurkan pertahanannya. Hitam menelan air liur dan melihat ke arah yang bertentangan dengannya.
Terdapat seseorang yang kini sedang berdiri di hadapannya itu. Jarak dia dan orang itu lebih kurang seratus lima puluh meter (150 m). Kemudian, seseorang itu berhenti dan melihat ke arah Zull tajam dengan wajah serius dan masam mencuka. Bulu roma Hitam mula meremang.
"Naga Api?" soal seseorang itu dengan nada tegas.
Hitam hanya mendiamkan dirinya dan fokus ke hadapan. Namun, jantungnya berdegup dengan agak kencang pada masa itu. Dia juga mula rasa kecut perut. Seseorang itu mendiamkan dirinya untuk seketika. Matanya masih memandang ke arah Zull dengan wajah garang dan serius.
Hitam menelan air liurnya sekali lagi. Dia tahu yang dia bukan lawan seseorang itu. Selepas tiga puluh saat berlaku, seseorang itu mula menunjukkan pergerakkan. Dia menyeru parang sepanjang seratus lima puluh sentimeter (125 cm) dan menghayungkan parangnya itu.
Selepas dia menghayungkan parangnya itu, angin kuat dirasai sekali lagi di tempat itu dan dengan sekelip mata pokok-pokok di belakang Hitam terbelah dua. Pipi bahagian kanan Hitam turut tercalar dan mengalirkan darah.
Hitam terkejut besar. Namun, dia tidak memberikan apa-apa reaksi kerana dia perlu bertenang agar dia tidak cuai dan melakukan sesuatu yang merugikannya. Bulu roma Hitam meremang buat kali kedua.
Hitam menarik nafas dalam dan turut membalas renungan tajam seseorang itu. Dia perlu membuat sesuatu. Seseorang yang berada di hadapannya masih membuat reaksi yang sama dan sudah tidak membuat pergerakkan apa-apa.
Hitam membuat lingkaran api mengelilinginya dan lelaki tersebut. Serentak itu juga, seseorang itu memulakan serangan dengan menggunakan parangnya lagi. Hitam tahu dia tidak mampu untuk menahan serangan itu. Jadi, dia hanya mengelak selagi dia mampu. Dia perlu berbuat seperti itu kerana ingin memberikan Puteh masa untuk melarikan diri dengan Ayuri dan Tina.
Seseorang itu menyerang Hitam sekali lagi, namun Hitam dapat meloloskan dirinya daripada terkena libasan terbabit. Hitam kemudiannya mengambil tiga anak panah dan mensasarkannya ke langit. Setelah itu dia melemparkan beberapa bebola berapi kepada seseorang itu dengan cepat.
Hitam pasti seseorang itu tahu yang dia akan gunakan teknik anak panah ke langit. Jadi, serangan itu pasti sudah lapuk untuk digunakan kepada seseorang yang sangat kuat. Namun, Hitam sengaja menggunakan teknik itu untuk mengalihkan perhatian seseorang itu untuk sementara.
Seseorang itu mematahkan serangan bebola api hanya dengan sekali libas sahaja dengan menggunakan parangnya. Kemudian, seseorang itu menjulangkan parangnya ke atas dan memusingkan parang tersebut. Dia ingin menghancurkan ketiga-tiga anak panah yang disasarkan oleh Hitam atau Zull sebentar tadi.
Serentak itu juga, Hitam menggunakan peluang itu untuk menyepak seseorang itu di bahagian tulang rusuk memandangkan tempat itu terbuka luas untuknya. Selain mempunyai kuasa api dan berlari laju, Hitam juga mempunyai kuasa kekuatan ekstrim. Jadi, dia telah menggunakan kuasa ketiga yang dia ada itu.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...