Bab 15: Parasit

108 17 0
                                    

Di Dalam Bilik Pengawas Sekolah, Pukul 8.00 Pagi.

CIKGU Azrell duduk di atas kerusi yang disediakan di dalam Bilik Pengawas. Seramai empat puluh orang pengawas yang sedang berkumpul di dalam bilik itu. Pengawas itulah yang akan mengawal hampir tiga ratus pelajar di dalam sekolah tersebut. Cikgu Azrell memandang wajah pelajarnya satu-persatu. Dia sedang menunggu Zull dan Ayuri untuk menghadiri perjumpaan mereka.

"Cikgu, kenapa kami dipanggil?" soal Nik selaku bendahari Pengawas Sekolah (PS).

"Um, saya nak kenalkan kamu dengan KPS dan PKPS kamu. Mereka akan mengetuai kamu selepas ini dan saya akan jadi pemerhati sahaja. Saya nak kamu bagi kerjasama kepada mereka." kata Azrell tenang.

"Uhhhh, siapakah pelajar yang sanggup pikul tanggungjawab ni Cikgu?" soal Mior pula.

"Nanti kamu tengoklah."

"Siapa yang jadi PKPS?" celah Linda (16) iaitu salah seorang AJK Pengawas Sekolah untuk tingkatan 4. Dia juga merupakan adik kepada Bella (17) iaitu kawan rapat Ayuri di sekolah.

"Sama macam tahun lepas."

Linda dan pengawas yang lain bersorak gembira. Mereka sangat bersetuju jika Ayuri yang menjadi PKPS kerana Ayuri akan selalu belanja mereka makan di restoren keluarganya dan membuat jamuan istimewa untuk mereka. Azrell menggelengkan kepalanya apabila semua pengawas gembira mendengar nama Ayuri disebut.

"Waduh, mesti hidung KPS kita yang baharu ni akan senget ke tepi sebab dibelasah oleh Jason. Jason memang anti benar dengan jawatan KPS ni. Kan Mior kan." bisik Nik kepada Mior. Mior mengangguk.

"Kan. Haih, ramai yang tolak jawatan ni sebab si Jason tu. Boleh pulak dia terima. Tengoklah apa dah jadi dengan Amir, dia pun akhirnya jadi samseng." balas Mior dan menyebut nama Amir dan Jason.

Amir ialah bekas KPS mereka setahun yang lepas. Namun, tiba-tiba sahaja perwatakkan Amir menjadi seperti samseng dan mula berkelakuan buruk. Mereka semua mendengar khabar angin mengatakan Amir diugut oleh Jason untuk menjadi samseng sepertinya. Tetapi, ia hanyalah suatu khabar angin. Jadi, tiada siapa yang tahu akan kebenarannya.

Kemudian, pintu Bilik Pengawas (BP) dibuka dari luar. Kelihatan kelibat Zull terpacul pada muka pintu. Nik dan Mior membuat wajah pelik.

"Zull, apa kau buat di sini?" soal Nik kepada Zull. Zull tersengih-sengih.

"Aku nak korek hidung."

"Korek hidung??? Uh!"

Ayuri menyoalkan dirinya sendiri dan kemudian mencebik. Ayuri juga memasuki bilik terbabit selepas Zull memasukinya. Azrell mengerling ke arah Zull.

"Jangan main-mainlah. Serius sikit."

Azrell berkata tegas. Dia tidak berapa suka akan perangai Zull yang seperti suka main-main dan tidak serisu itu. Dia mahu Zull menajdi tegas dan bertanggungjawab dalam memikul tugasnya sebagai KPS.

"Baik Cikgu. Hehe, janganlah marah."

"Um." Azrell menjeling Zull. "Okey, saya nak perkenalkan Zull serta Ayuri sebagai KPS dan PKPS kita pada tahun ini. Sila berikan tepukkan."

Terdapat pelajar yang menepuk tangan dan ada yang berbisik-bisik apabila melihat Zull. Bagi mereka Zull kelihatan lemah kerana badannya yang kecil. Tinggi Zull lebih kurang 162 cm dan beratnya hanyalah 42 kg. Zull mempunyai masalah berat badan (16 kg/m2) sejak dia kecil lagi dan hal itu telah membuatkan tingginya terbantut. Namun, dia mempunyai temujanji dengan Pakar Pemakanan (Dietitian) sebagai penasihat pemakanan pada setiap bulan.

"Zull? Kau jadi KPS? Patutlah semalam kau tanya pasal KPS. Apa pasal tak bagitahu kami awal-awal lagi ha." Nik mencebik membuatkan Zull ketawa nakal.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now