...
Di Bilik Disiplin, Pukul 11.00 Pagi.
CIKGU Azrell sedang membasuh tangannya ke sinki. Dia sudah selesai makan nasi untuk waktu tengahari. Selepas ini, dia ada kelas untuk mengajar. Dia melabuhkan punggung di atas kerusinya. Cikgu Ross, Syahir dan Shahida memandang wajah Azrell yang nampak kusut itu.
"Rell, kenapa nampak monyok aje ni. Lepas makan sepatutnya jadi semakin bertenaga." tegur Syahir. Shahida dan Ross mengangguk-angguk.
"Haah, Rell. Rilekslah." celah Ross pula.
Mereka bertiga juga sudah siap menjamu selera dan sekarang sedang duduk di atas kerusi masing-masing kerana ingin berehat memandangkan waktu tersebut masih lagi waktu rehat.
Cikgu Syahir, Azrell, Ross dan Shahida berkongsi bilik guru disiplin itu memandangkan sekolah tidak mempunyai cukup ruang untuk menempatkan para guru. Bangunan baharu masih lagi belum dibina kerana bangunan lama sekolah masih lagi tidak dirobohkan. Setelah bangunan lama itu dirobohkan barulah sekolah baharu akan dibuat.
"Aku tengah stres fikir pasal Ketua Pelajar Sekolah (KPS). Aku tak ada calon lagi. Minggu depan dah ada Pelantikkan Rasmi Pengawas-pengawas Sekolah masa perhimpunan. Aku nak pilih siapa. Pengetua dan bagi amaran awal-awal lagi suruh aku pilih pelajar yang terbaik. Yalah agar tak mencemarkan nama sekolah macam Jason dan Amir dah buat." keluh Azrell.
"Tak baik merungut Rell. No, no..." Ross menidakkan keluhan Azrell.
"Aku bukan merungut. Membebel." cantas Azrell.
"Kau ni rileks aje Ross. Kau dah jumpa calon untuk Penolong Ketua Pelajar Sekolah (PKPS) ke?" duga Syahir ingin tahu. Shahida dan Azrell turut melihat ke arah Ross yang selamba sahaja mencungkil gigi di hadapan mereka bertiga.
"Sudah tentulah. Kita tanya awak sebab kita dah jumpalah." Ross berkata yakin. Dia sedang menilik cermin pada cermin bedak miliknya.
"Siapa? Ini mesti Cik Ayuri lagi, kan?" Shahida melihat Ross dengan bibirnya yang sedang bermuncung.
"Haah. Huhu. Kenapa? Tak boleh ke? Semua pelajar hormat dia, dia siap ada kelab peminat sendiri. Lagipun dia disegani, cantik, lemah-lembut, ayu, kaya dan yang paling penting dia tidak bermasalah dan LIAR."
"Dia lagi. Tahun lepas pun dia. Aku tahu dia popular dalam sekolah sebab wajah cantik dia tu. Tapi, minggu lepas dia pernah kena denda sebab bergaduh. Kau kena nasihatkan dia pasal hal itu, kalau tak aku sendiri tidak akan mempersetujuinya." bidas Azrell.
"Okeylah Bos. Apa-apa untuk Bos." Ross menjawab tenang.
"Rell, kalau aku cadangkan seseorang boleh ke?" duga Syahir menyampuk perbualan Ross dan Azrell. Syahir dan Shahida hanyalah AJK Guru. Jadi, mereka belum menggalas jawatan yang berat lagi.
"Ha, cakaplah. Aku lagi suka kalau ada orang bagi cadangan."
"Apakata kau lantik Dilan. Dia pelajar baharu kita. Aku nampak dia macam budak baik. Muka pun matang." cadang Syahir melemparkan senyuman ringan kepada Azrell.
"Budak yang baru masuk kelas tingkatan 5 Gred A+ tu kan? Yang tinggi lampai macam Aiman Hakim?" soal Azrell ingin tahu. Syahir mengangguk pantas. "Okey jugak. Nampak bijak."
"Mana kau tahu dia bijak, setakat tengok rupa aje mana boleh." bangkang Ross cepat.
"Aku tahulah." Azrell menemplak Ross pantas.
"Um. Siapa Si Dilan ni?" soal Ross.
Dia tidak mengenali Dilan memandangkan dia belum memasuki kelas Gred A+ lagi. Pada tengahari nanti, barulah dia akan memasuki kelas terbabit.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...