PETANG itu, pada pukul 4.00 petang, Harun telah balik bersama-sama ibu bapanya. Dilan melambai-lambai ke arah Harun yang berada di dalam kereta itu. Joshua pula sudah menangis sedih di atas kepergian rakan sebiliknya, Harun. Kemudian, dia menghembuskanl hingusnya pada kain sapu tangan.
"Harun....Huuu...Dilan...Harun..." Joshua merengek di sisi Dilan.
"Sabar Joshua. Kau boleh jumpa Harun bila-bila masa lepas ni. Dia bukannya pergi ke tempat yang jauh pun."
"Lain Dilan. Dia dah tak jadi rakan sebilik aku. Kalau dia tak ada, siapa lagi yang akan jadih orang suruhan aku..."
"Ah...itu yang kau risaukan rupanya. Kejap, orang suruhan?" Dilan menyilangkan tangannya dan memandang Joshua seperti pak penyiasat.
"Er...hehehehe. Usahlah kita bercakap tentang masa lepas lagi. Kita patut memandang ke depan dan fokus dengannya. Jom masuk rumah Dilan." Joshua memasuki rumah semula dengan wajah lega. Dilan menggelengkan kepalanya.
Dilan juga cuba untuk memasuki kawasan rumah, tetapi langkahnya terbantut apabila dia melihat Amir balik dengan muka yang bercalar dan lebam. Dilan membuntangkan matanya.
"Amir!? Kenapa ni?" soal Dilan sambil menyentuh lengan Amir dengan wajah risau. Amir menepisnya dengan laju.
"Jangan sentuhlah." Amir memasuki rumah dan terus ke biliknya sambil memegang pipinya yang bengkak itu.
Saat Joshua melihat Amir memasuki rumah, dia terus menjarakkan dirinya kerana risau Amir mengamuk apabila dia menghalang jalan Amir. Setelah itu, dia dapat melihat Dilan yang sedang mengejar dari belakang Amir. Pada saat itu jugalah, Joshua terus menarik lengan Dilan.
"Dilan, kau buat apa?" soalnya.
"Aku nak tolong Amir. Seseorang harus bersihkan dan rawat luka dia tu."
"Dilan, jangan masuk campur urusan dialah. Nanti dia mengamuk macam mana?"
"Tak apa Joshua. Korang teruskan aktiviti korang, jangan risau pasal aku, okey." Pesan Dilan kepada Joshua dan Niel yang sedang berada di ruang tamu, seperti seorang ibu yang memberi pesanan kepada anak-anaknya.
"Okey." Joshua mencebik dan melepaskan genggamannya pada lengan Dilan. Dia menuju ke arah kerusi dan duduk di situ.
"Apa masalah adik aku tu ha? Kenapa dia bawa samseng masuk rumah kita, Niel?"
"Entahlah...Lagipun, aku rasa Amir okey aje. Dia tak pukul kita pun."
"Baru lagi Niel. Esok lusa nanti kita tak tahu nasib kita macam mana."
"Kenapa kau sangat tak sukakan Amir."
"Sebab dia samseng. Kau ada dengar cerita dia?"
"Cerita apa?"
"Nik dan Meor pernah beritahu aku yang Amir pernah pecahkan cermin kereta Pengetua Yang Lee, sebab itulah dia kena gantung."
"Mungkin dia ada sebab dia sendiri kenapa dia buat macam tu."
"Ha? Ish, apa kena dengan orang di rumah ni ya. Kenapa pemikiran positif sangat ni? Kalau dia sengaja buat macam tu?"
"Lagi elok kalau kita dengar cerita kedua-dua pihak, kan."
"ISHHHH! Kau tahu tak kos untuk baiki cermin kereta mahal? Walau apa pun masalah dia, memecahkan cermin kerata orang tak akan selesaikan masalah. Faham tak?"
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...