DILAN menutup jam loceng yang berada di sebelah katilnya. Tepat pukul 6 pagi. Dia bingkas bangun dan duduk di atas katil buat sementara sambil menadah tangan kerana membaca doa bangun tidur. Selepas siap berdoa dia menggeliatkan badannya. Dilan terjun dari katil dan membuat beberapa push-up. Ia merupakan rutin hariannya.
Usai membuat senaman ringkas itu, dia menggapai kain tuala dan memasuki bilik air. Dia ingin mandi dan solat subuh. Selepas siap melakukan rutin paginya, dia menuruni tangga untuk ke dapur. Dilan ingin membuat sarapan pagi. Pukul 8 pagi nanti dia ingin ke hospital dan melawat Zull yang telah ditahan di dalam wad pesakit. Luka di perut Zull telah menerima tiga jahitan dan doktor ingin membuat pantauan lanjutan terlebih dahulu sebelum dibenarkan keluar dari situ.
Tepat pukul 7.30 pagi, Dilan ingin ke biliknya semula kerana ingin mengambil dompet dan barang yang perlu dibawa untuk ke hospital. Sewaktu melalui koridor ke biliknya, Dilan mendengar bunyi telefon sedang berdering. Deringan itu bukan dari telefonnya memandangkan dia sedang memegang telefonnya itu. Dilan berasakan bunyi itu kedengaran dari atas loteng. Dia membuat keputusan untuk ke bilik loteng iaitu bilik Zull. Dilan menaiki tangga ke loteng dengan berhati-hati.
Dilan menguak pintu bilik Zull dan memasukinya. Dia dapat melihat telefon bimbit Zull sedang berdering nyaring di atas meja belajar. Dia berlari anak untuk mengangkat panggilan itu. Selepas menerima panggilan tersebut, dia mendekatkan 'speaker' telefon ke telinga.
"Zull, awak nak datang rumah saya tak hari ni. Saya bosan sangat-sangat. Saya akan hantarkan Roy untuk ambil awak dari rumah ya. Saya nak tunjukkan sesuatu. Zull?" sesesorang dalam talian itu atau Khai terus bercakap tanpa henti apabila Dilan menerima panggilannya. Dilan mengetap bibir.
"Maaf, um...Zull tak ada sekarang ni." balas Dilan lembut.
"Ha? Dia ke mana? Bagilah telefon dekat dia." arah Khai gedik dan ringkas.
"Dia tak dapat jawab panggilan awak sekarang ni. Kalau awak nak saya bagitahu dia sesuatu awak boleh cakap dekat saya, saya akan sampaikan kepada dia nanti."
"Tak nak. Saya nak bercakap dengan dia je. Awak siapa? Zull ke mana?" soal Khai mula membuat nada sedih dan mengada-ngada.
"Saya Dilan. Sebenarnya Zull dimasukkan ke dalam wad sebab dia sakit. Um, kalau ada apa-apa yang awak nak pesan, awak b..." kata-kata Dilan dicantas oleh Khai.
"Zull masuk wad. Kenapa? Hospital mana? Saya nak ke hospital tu SEKARANG." balas Khai tegas dan lembut. Dia risau Zull tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
"Di HBBB. Boleh saya tahu awak siapa?"
Dilan tidak kenal dengan Khai memandangkan mereka masih belum berkenalan.
"Saya Khai. Saya kawan Zull. Awak Dilan? Lelaki yang cuba rampas Tina dari saya tu."
Khai memuncungkan mulutnya. Dilan tersentap. Dia tidak ingat pula bila dia cuba merampas Tina daripada sesiapa. Dia dan Tina pula bukannya sepasang kekasih.
"Er, maafkan saya. Apa yang awak cakapkan ni?"
"Tak apalah. Bye."
Khai memasakan mukanya dan memutuskan talian. Kemudian, dia menyuruh Roy untuk menelefon pihak hospital dan menyuruh pihak hospital memindahkan Zull ke bilik VIP. Khai bersiap-siap kerana dia ingin melihat keadaan Zull. Dilan berasa pelik.
"Mungkin salah seorang kawan Zull dari kelas sebelah."
Bisik hati Dilan memandangkan Zull mempunyai ramai kawan kerana dia sangat suka menegur orang lain. Dilan membiarkan anggapanya ke tepi. Dia harus ke hospital dan melawat Zull.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...