BAB 8: Dihantui Drakulat
Di Rumah Sewa Dilan, Pukul 8.15 Pagi.
Dilan membutangkan lengan baju kameja berwarna biru dan kemudiannya menyikat rambut di hadapan cermin di biliknya. Dia dan Zull ingin keluar kerana perlu membeli barang basah dan kering di pasaraya berdekatan. Mereka hanya membeli sedikit barang sahaja semasa keluar dua hari yang lepas. Zull mengetuk pintu bilik Dilan sebanyak tiga kali. Dilan membuka pintu biliknya
"Kau ni tengah bersolek bagai ke apa? Aku panggil banyak kali tadi kat luar. Adoi, kau dah siap ke belum ni?"
"Maaf, aku baru siap je ni." balas Dilan tersengih-sengih.
Dia menghampiri Zull dan menarik Zull keluar dari biliknya itu. Dilan mengunci biliknya. Dia memandang kawan baiknya yang sedang melihatnya tajam.
"Maaf."
"Masa. Masa tahu tak." Zull menunjukkan jam di tangannya. Dilan tergelak kecil.
"Gelaklah pulak. Dee, aku tak buat lawak tau. Aku tengah serius ni. Kau nampak tak betapa seriusnya aku sekarang. Eh, jomlah. Lepas ni nak masak pulak, nak solat Jumaat lagi."
Bebel Zull ringkas sambil menuruni tangga untuk ke aras bawa. Dia terus menuju ke arah pintu utama. Dia membuka kunci pintu utama dan jeriji pintu itu. Dilan mengikut dari belakang Zull.
Setelah menyarungkan kasutnya, Zull terus menuju ke pintu pagar dan membukanya. Sewaktu membuka pintu pagar rumah mereka, wajah seseorang terpacul di hadapan pintu pagar rumah itu. Zull memasamkan muka dan mengetap bibirnya.
Tina memandang Zull takut. Dia menelan air liur. Sebenarnya dia dan Yurina ingin membeli barang lagi memandangkan kelmarin mereka terlupa untuk membeli lada kering, garam dan gula. Kelmarin, mereka berempat telah pergi ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur sejurus selepas balik dari sekolah.
Dilan keluar dari kawasan rumahnya dan mendekati Zull. Dia melihat Zull pelik selepas melihat Zull membuat reaksi tidak berpuas hati. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Tina.
"Awak dah siap ke Tina, jomlah." ajak Dilan. Zull meliarkan matanya ke arah Dilan.
"Dee, kau ajak perempuan ni sekali? Asal?"
"Ah, sebab diorang pun nak pergi pasar. Kelmarin Tina dan kawan dia nak ikut sekali. Diorang pun nak beli barang jugak. Lagipun, diorang tahu selok-belok tempat ni lebih baik dari kita. Sekurang-kurangnya diorang boleh tunjukkan jalan dekat kita."
"Ha, tunjukkan jalan? Habis selama ni kita guna waze buat apa? Kita tak perlukan dioranglah. Kau nak menggatal dengan perempuan ni, kan."
"Mana adalah Zull. Apa salahnya kita cuba untuk mengeratkan silaturahim, kan."
Tina menggigitkan bibirnya. Dia ingin menyampuk. "Kenapa awak sibuk sangat jaga tepi kain Dilan. Apa salahnya kami ikut sekali."
"Dee, makhluk apa yang bercakap tu? Dee, kalau aku nampak makhluk tu bertenggek dengan kau, memang dia akan kena dengan aku." ugut Zull dan memuncungkan mulutnya. Dia menarik lengan Dilan dan berlalu pergi. Tina dan Yurina mengikut dari belakang.
"Apa yang kau dah buat dekat Zull?" soal Yurina pelik dan ingin tahu.
Dia tidak tahu kenapa Zull tiba-tiba sahaja naik angin apabila terserempak dengan Tina. Tina mengetap bibirnya dan mendiamkan diri.
"Tina, kau ada buat sesuatu dekat dia, kan. Kau juga pernah kecewakan dia macam kau buat dekat Khai ke?"
"Mana ada! Aku tak kenal dia pun. Ak-aku kenal abang dia aje."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...