...sambungan Bab 38

41 7 0
                                    

...

MOP lantai ditenyeh oleh Zull dengan sekuat hati. Dia perlu melakukan tugas pembersihan itu kerana Ayuri telah menyuruhnya menyapu dan mengemop lantai restoren tersebut. Selepas ini dia perlu mengelap dinding kaca restoren dan membasuh tandas pula. Zull melakukan tugasannya itu sambil menyanyi sakan.

"An an an an, totomu I suka, Doraemon!" Zull bernyanyi dengan riang hati.

Ayuri memerhatikan Zull daripada jauh sambil menyilangkan tangannya. Dia tersenyum sinis. Dia sudah membuat senarai tugasan untuk Zull dan akan membuli Zull secukupnya. Hal ini kerana dia masih lagi tidak berpuas-hati dengan layanan Zull terhadapnya pada sebelum ini.

"Yahoo, dah siap. Nak basuh tandas pula. Jom jom inai, jom inai Raja Wali."

Zull menarik baldi mop dan ingin menuju ke bahagian stor restoren, namun Ayuri telah memanggilnya pula.

"Oi, Zull!" laung Ayuri kuat.

Ridhuan pula sedang mengupas bawang di salah satu meja makan. Itu merupakan tugasan pertama yang diberikan oleh Ayuri kepadanya. Jadi, dia harus lakukannya sebaik yang mungkin. Zull berpaling dengan wajah blur apabila terdengar Ayuri memanggilnya.

"Asal?" soalnya ingin tahu.

"Kau MOP sekali lagi..."

"Ha!? Aku dah moplah. Satu restoren ni aku mop tahu. Dari hujung rumah Siah ke hujung rumah Timah aku mop dan bersihkan. Plowless lagi kut. Cuba kau tengok. Senang aje nak tahu bersih ke tak lantai yang aku mopkan tu, kau jilat je lantai tu. Hehehehe."

"Aku majikan ke kau majikan? Aku nak kau mop sekali lagi. Aku tak puas hati. Aku dah cakapkan sebelum ini, jika aku tidak berpuas-hati dengan hasil kerja kau, aku akan suruh kau buatnya sekali lagi. Faham?"

"Eh, cakap ajelah yang kau sengaja suruh aku buat dua kali. Kau mesti nak balas dendam pada aku, kan."

"Baguslah kalau kau dah tahu Zull. Kau yang pilih untuk bekerja di sini walau pun kau tahu aku tak pernah sukakan kau. Aku tak sukakan kau Zull, jadi takkanlah aku nak hamparkan emas permata pada kau kan? Logiklah! Kau patut LAYAN aku dengan baik pada sebelum ini. Tapi, kau dah terlambat. Hahahahahaha!"

Ayuri ketawa nakal dan seperti seorang penjahat. Zull menggelengkan kepalanya apabila melihat reaksi Ayuri yang ketawa tak ingat dunia itu.

"Elok sangatlah kau mengilai macam setan tu. Kau dan setan dah tak ada beza, dah sipi-sipi."

"Woi!!! Aku majikan kau tahu tak."

"Oopps sorry, oopss sorry!"

Ayuri melihat Zull tajam dan menyinga. Penjaga kaunter dan pelayan restoren itu hanya menyaksikan pertelingkahan mereka berdua.

"Sejak bila Cik Ayuri yang kita kenali jadi 'macam' ni?" bisik Laila kepada kawannya yang lain. Pada waktu itu, tiada seorang pelanggan pun di restoren tersebut.

"Cik Ayuri yang banyak berdiam diri, tenang, ayu dan bersahaja itu telah berubah. Ini memelikkan. Aku tak pernah melihat Cik Ayuri seliar ini." balas kawannya.

"Nampaknya dia betul-betul bencikan pekerja baharu itu, kan."

"Rasanyalah..."

"Aku nak kau mop sekali lagi, dan selepas itu barulah kau dapat cuci tandas! Muktamad."

"Bazir masalah Ayuri. Masa, masa tahu tak. Kita semua ini sudah kesuntukkan masa. Buat apa aku bazirkan masa buat benda yang aku dah buat. Kalau kau suruh aku buat benda sama berjuta-kali macam mana kawasan lain nak bersih. Tandas itu penting tahu tak, ramai orang guna. Baik aku pergi cuci tandas. Kau tahu tak, persekitaran dan kebersihan tandas itu sangat penting bagi pelanggan. Ada pelanggan sanggup pilih restoren kita sebab tandas sahaja tahu, ha kau jangan main-main. Kau ni pun agak-agaklah."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now