Bab 5: Ia datang dari tandas (Bhg 2)

148 22 20
                                    

BELLA dan Silvia iaitu kawan baik Ayuri menuju ke kelas Tingkatan 5 Gred A+. Mereka sedang berbincang tentang sesuatu sambil berjalan memasuki kelas. Masuk sahaja ke dalam kelas itu, mereka terperanjat besar. Kelas itu sangat kotor dengan sampah merata-rata. Malam semalam, Ayumi dan yang lain sempat membuat kacau di dalam kawasan sekolah sebelum mereka diikat dengan tali oleh Yurina dan Mina. Bella memandang kawannya, Silvia.

"Kenapa dengan kelas kita ni. Bencinya! Kau tahu tak aku bertugas hari ni. Tak guna betullah!" bebel Bella sambil mengetap bibirnya. "Ini mesti kerja Si Jason tak guna tu. Cis!" Bella mendecis geram.

"Tak baik tuduh-tuduh. Aku bantu kau bersihkan tempat ni." balas Silvia menepuk bahu kawannya, Bella.

Bella mengangguk. Tina dan Henna pula berjalan melepasi mereka berdua dengan wajah risau. Tina dapat mendengar perbualan Bella dan Silvia tadi.

"Macamana kita nak buat sekarang ni? Matilah kita kalau benda ni berterusan berlaku. Nanti ada orang cakap Ayuri dan geng Jason diculik macam mana?" soal Tina berbisik kepada Henna.

"Saya pun tak pasti Tina. Kalau saya rujuk buku, mesti makan masa yang banyak untuk dihadam. Kita kena rujuk pakar macam saintis, atau...atau Cikgu Kimia." balas Henna turut berbisik. Tina memandang Henna dengan wajah terkejut besar.

"Engkau gila ke apa? Mana boleh, nanti Cikgu tahu kita ni siapa. Kalau Cikgu tu laporkan dekat Encik Polis macamana. Um, kau ada kenal mana-mana saintis?"

"Tak. Kita baru pindah sini dalam sebulan lebih, saya tak kenal sesiapa lagi selain awak berempat dan rakan sekelas kita. Kalau kita nak upah saintis, bayarannya tentu mahal. KIta tak akan mampu membayarnya."

"Ahh...Gawat ni."

Kemudian, dia dapat mendengar seseorang memanggil namanya. Dia berhenti dan berpaling ke belakang. Tina membuat wajah cuak dan memandang Henna di sebelahnya pula.

"Alamak, Khai! Henna, tolong sembunyikan aku dalam baju kau." rengek Tina. Dia tidak mahu bersama-sama Khai lagi kerana serik dengan perwatakkan Khai yang lembut dan feminin itu.

"Kenapa? Kawan baharu awak ke?"

Tina menggelengkan kepalanya tanda 'tidak'. Khai mendekati Tina yang sedang mengadap ke belakang itu. Tina tidak ingin melihat wajah Khai lagi.

"Tina, awak okey?" soal Khai dengan senyuman lebar. "Tina pandanglah sini." arah Khai lembut dan dengan suara mengada-ngadanya.

Tina menarik nafas dalam dan membuat senyuman palsu. Dia berpaling ke arah Khai.

"Ya? Boleh saya bantu?" soal Tina dengan memaksa dirinya untuk tersenyum. Khai tersenyum gembira.

"Sebenarnya kan, kan. Saya lupa nak bagitahu awak kelmarin. Saya nak jemput awak untuk ke Majlis Hari Jadi Nek Chu. Awak datang ya."

"Alamak, Encik Barbie ni. Macamana aku nak lari dari dia ni. Waduh!" bisik hati Tina. Dia mengetap bibirnya kemudian idea tiba-tiba datang menerjah fikirannya. "Kejap, kejap! Khai anak orang kaya, aku boleh gunakan dia. Ampun, Khai...aku terpaksa membuatnya."

"Tina, Tina, Tina...Awak okey ke? Tina?"

"Ah ya. Haha! Maaf, Khai. Saya...saya boleh pergi ke majlis tu. Tapi, saya ada syarat."

"Ya ke? Syarat apa? Saya akan kabulkan semua syarat awak. Serius!"

Tina melonjak gembira. Roy Azrai iaitu Pengawal Peribadi Khai sekadar mendengar. Dia akan mencelah sekiranya seseorang cuba mencederakan Tuan Mudanya. Henna juga sekadar mendengar.

"Betul ke? Oh, terima kasih. Saya akan pergi kalau awak upah saintis yang paling terbaik di Malaysia ni." jelas Tina sambil memegang kedua-dua tangan Khai. Khai bersorak dan mengangguk pantas.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now