...sambungan Bab 10

127 20 0
                                    

...

DILAN berjalan seiring dengan Khai. Mereka sedang menuju ke tempat parkir kereta Khai memandangkan Khai telah menawarkan diri untuk menghantar Dilan ke rumah sewanya. Dilan bersetuju memandangkan dia tidak perlu menunggu bas pada hari ini.

Dilan memasuki perut kereta Khai dengan hati yang senang. Khai duduk bersebelahan dengan Dilan di dalam kereta itu.

"Awak tak ada apa-apa hubungan dengan Cik Tina, kan?" soal Khai sejurus selepas Dilan duduk di sebelahnya. Dilan menoleh ke arah Khai dan menggelengkan kepalanya.

"Tak, kenapa awak tanya?"

"Saja je." balas Khai cuba mengelak. Dia menggigit bibirnya. Dilan hanya tersenyum.

"Dia teman wanita awak ya?"

"Bakal."

Khai beriak malu dan segan. Pipinya mula kemerah-merahan bak bunga raya berwarna merah.

"Semoga berjaya." Dilan tergelak kecil apabila melihat tindak-balas Khai yang tersipu-malu.

"Apa maksud awak tu? Maksudnya awak pun nak rebut dialah. Saya pasti akan dapat kalahkan awak." Khai mencebik dan membuat gaya manja. Dilan tersentap.

"Sa...Saya tak maksudkan macam tu. Saya dan Tina tak ada apa-apa hubungan. Jadi, awak tak perlu risau."

Dilan cuba untuk memujuk Khai memandangkan dia memang tidak mempunyai apa-apa niat untuk menjadikan Tina sebagai teman wanitanya. Khai mula mengukir senyuman manis. Senyuman itu semakin melebar pada wajahnya.

"Ow, thank you. Muah!"

Khai memeluk Dilan dengan mesra. Dilan membiarkannya sahaja. Dia tidak ingin marah atau membebel-bebel memandangkan ia hanyalah hal kecil. Tiba-tiba sahaja, kereta yang dipandu oleh Roy Azrai berhenti dan membuatkan Khai serta Dilan hampir terjatuh dari tempat duduk mereka disebabkan oleh daya inertia. Dilan dan Khai mengambil posisi mereka kembali dan terus melihat ke arah hadapan mereka.

"Kenapa Roy?" soal Khai lembut dan manja sambil membetulkan keadaan rambutnya.

"Saya ternampak asap tebal di atas tingkat rumah flat tu."

Roy menurunkan cermin tempat duduk Khai. Khai dan Dilan melihat ke arah asap tersebut. Mereka mengangakan mulut luas.

"Kebakaran ke? Roy, Roy cepat telefon bomba..."

Jantungnya mula berdegup kencang. Dia tidak ingin menyaksikan kejadian yang ngeri itu di hadapannya. Roy mengambil telefonnya dan menelefon pihak bomba dan polis. Dia memarkirkan kereta ke tepi jalan. Tiada satu kereta pun yang sedang beratur di belakang punggung keretanya tika itu.

Keadaan di dalam rumah flat itu mulai kecoh dan riuh-rendah. Dilan menutup mukanya dengan sapu tangan. Dia mengikat sapu tangan itu dari belakang. Dilan membuka pintu kereta Khai dan keluar dari kereta terbabit.

"Dilan! Awak nak pergi mana?" jerit Khai risau. Dia memegang tangan Dilan dengan wajah risau.

"Khai, tolong jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni. Janji dengan saya." pujuk Dilan.

Khai dan Dilan saling bertentangan mata untuk seketika. Dilan menyelami pandangan mata Khai tajam. Khai mengangguk.

"Ba...Baik. Tapi, ke...kenapa? Awak nak buat apa? Jangan bagitahu sesiapa pasal apa?" khai mula menitiskan air matanya apabila Dilan begitu serius tika itu.

"Pasal ni."

Dilan terus terbang ke udara dan menuju ke tingkat empat memandangkan kejadian itu berlaku di tingkat empat. Dilan berani terbang ke udara dari tempat kereta Khai memandangkan dia yakin tiada sesiapa pun yang melihatnya. Orang ramai kebanyakkannya sedang ralit melihat kejadian kebakaran itu. Segelintir daripada penduduk itu pula cuba untuk menolong dan ada yang melihat sahaja.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now