...sambungan Bab 19

69 14 0
                                    

...

TEPAT pukul 4.15, Zull mengangguk faham apabila Dilan menceritakan tentang Harun. Dilan akan bertanyakan kepada Zull tentang soalan yang berlegar-legar dalam mindanya selepas menghantar Harun pulang ke rumah. Mereka mula bersiap-siap untuk ke rumah Harun pula.

Usai bersiap, mereka menuju ke pondok menunggu bas dan terpaksa menahan teksi apabila bas yang ditunggu-tunggu tidak datang. Hampir 13 minit perjalanan mereka untuk ke Taman Perumahan Harun. Mereka bertiga turun dari teksi dan berdiri tepat di Pondok Perhentian Bas Taman Perumahan Lestari.

"Terima kasih Zull sebab sudi teman aku. Aku minta maaf sebab minta tolong dengan kau walaupun kau baru aje balik dari rumah kawan kau tu."

"Ha, bukan benda besar pun. Dengan kawan baik, buat apa berkira. Masa aku susah dulu, kau tolong dan tak merungut pun. Benda kecik la Dilan. Eh, budak kecik jalan tu cepatlah sikit. Terkedek-kedek, nak ganti itik pulak ke. Cepatlah!"

Zull menggesa Harun untuk berjalan dengan lebih laju memandangkan Harun sudah ketinggalan di belakang.

"Ya, ya. Saya datanglah ni." balas Harun sambil berlari anak untuk mendapatkan Dilan dan Zull.

"Zull, janganlah garang sangat dengan dia..."

"Garang? Macam tu pun dah garang ke? Mana adalah. Aku cakap dengan abang aku pun macam ni jugak. Dengan kau pun kan. Apa yang garangnya? Setakat cakap macam itik bukan garanglah, ia bangang."

"Gelak pulak. Oi, Run...mana rumah kau ni. Penatlah jalan."

"Baru aje lima langkah berjalanlah Abang Zull. Memanglah tak sampai lagi."

"Ya eh. Kenapa rasa lama ni. Ke aku yang jalan macam siput. Siput betul!"

Setelah itu, mereka bertiga berjalan hampir tiga minit dan berhenti di sebuah rumah banglo. Zull dan Dilan melihat seluruh keadaan rumah itu dengan serentak. Mereka memerhatikan rumah banglo tersebut dengan teruja. Keadaan rumah Harun cantik dan dipenuhi dengan pokok yang menghijau dan bunga menjalar.

"Bapak kaya kau ni, Run. Berapa makhluk tinggal dalam rumah kau ni?" soal Zull ingin tahu.

"Tiga. Saya anak tunggal mak dan ayah."

Dilan dan Zull membuat bentuk 'O' dengan mulut mereka. Wajah Harun menjadi pucat lesu dan dia mula berpeluh. Mereka bertiga berdiri di hadapan pagar rumah Harun.

"Wei, yang kau tercegat lagi kat situ kenapa. Bukaklah pintu, tadi kau cakap kau ada kunci rumah kan. Kita dan sampai rumah ni, kau jangan buat hal. Ke kau nak aku panjat pagar rumah ni. Kalau aku panjat nanti kang tak pasal-pasal kena masuk penjara. Pagar rumah cantik lagi ni, takkanlah tak berfungsi dah. Ke hiasan je pagar ni. Betul ke ini rumah kau, ke rumah orang lain. Eh, kenapa pucat semacam je muka kau ni? Sepatutnya kau gembiralah dah sampai rumah. Tadi aku panggil kau Kek Lapis, sekarang ni kau nak aku panggil kau Kek Cheese ke ha..?"

"Zull, dah...Biar Harun yang buat keputusan dia." tegur Dilan dengan senyuman sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Zull mencebik.

"Saya takut." balas Harun pendek. Dilan terus melihat ke arah Zull.

"Asal kau tengok aku pulak? Aku tak buat apa-apa pun. Perangai aku memang hantu, tapi wajah aku wajah manusia. Aku tak ada kena mengena dengan dia. Aku baru kenal dia hari ni, serius!"

"Tak, aku bukan nak salahkan kau. Tapi, di rumah kita pun dia cakap dia takut untuk balik rumah dia. Kau rasa kenapa?" bisik Dilan kerana tidak ingin didengari oleh Harun. Zull kemudiannya meneliti wajah Harun.

"Kenapa kau takut sangat ni? Rumah kau berhantu ke? Cakap ajelah ada benda, meh aku nak tengok pasal aku boleh tengok benda-benda macam ni."

Zull bercakap sambil melihat ke arah Harun tajam. Harun menggelengkan kepalanya. Zull kepelikkan. Dia mendiamkan diri untuk seketika dan melihat Harun dari atas ke bawah. Harun berasa tidak sedap hati dan memeluk tubuhnya sendiri.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now