...
TIBA-TIBA sahaja suasana tempat pasar malam itu menjadi mendung. Semua jurujual mula membuka payung dan plastik untuk menepis hujan daripada mengenai makanan dan barangan jualan mereka. Mereka semua beranggapan hujan akan turun. Namun mereka tersilap.
Bunyi ngauman kuat tiba-tiba sahaja muncul. Angin kuat mula memukul kawasan pasar malam dan perkampungan yang berada di situ. Bunyi tempikkan orang ramai mula kedengaran. Aksi berlari dan berkeliaran mula terjadi. Tempat itu menjadi kucar-kacir dengan suara tempikkan dan manusia yang bertempiaran lari.
Ayumi, Tina, Henna dan Yurina melihat ke arah langit dengan pelik. Mereka semua duduk berjauhan dan tidak tahu kedudukkan masing-masing kecuali Yurina dan Henna kerana mereka berjalan bersama-sama.
"Yurina..."
Henna memegang anak baju Yurina kerana takut. Dia tidak sukakan kegelapan dan bunyi pelik yang berdengung dari jauh. Tiba-tiba bunyi siren yang lantang kedengaran. Semua oarng yang mendengarnya menutup telinga memandangkan gegendang telinga mereka mula terasa bingit.
"Henn, aku telefon Ayumi, kau telefon Tina."
Yurina membisik sambil mengambil telefon dalam poket seluarnya. Dia turut menarik Henna untuk berada jauh dari tempat manusia berlari kerana risau mereka ditolak dan dipijak-pijak.
"Ah, kau dekat mana? Okey, okey..." Yurina menamatkan talian selepas Ayumi memberitahu kedudukkannya. "Henna, Tina kat mana?"
Yurina menyoal Henna yang sedang ralit mendongak ke arah langit. Melihat keadaan Henna yang begitu fokus ke arah langit, dia turut mendongak. Yurina membeliakkan mata dan mulutnya pula ternganga luas. Dia terduduk jatuh kerana terkejut dan terkilan dengan sesuatu yang dilihatnya tadi. Kakinya mula berasa lemah dan disebabkan itulah dia terjelopok jatuh ke bawah.
Seekor raksasa gergasi sebesar bangunan 8 tingkat mula menampakkan diri di kawasan berhampiran pasar malam. Mereka dapat melihat raksasa itu walaupun dari jauh kerana raksasa itu sangat besar.
"Habislah ki...ta..." kata Yurina agak lesu dan seperti tidak berjiwa.
Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu. Kemudian seseorang memapahnya untuk berdiri. Dia dapat melihat Ayumi sedang memapahnya.
"Ayumi...?"
"Kita kena bertukar." kata Ayumi tegas.
"Ya, tapi baju kita di rumah. Aku rasa kita kena baju lain dan cari sesuatu untuk menutup muka kita..."
Ayumi turut berfikir hal yang sama dan menuju ke arah gerai baju yang berdekatan. Sudah tidak ada penjual yang menjaga kedai itu. Berkemungkinan penjual sudah melarikan dirinya. Yurina dan Henna mengikut dari belakang.
Ayumi mengambil beberapa baju ber-hoodie dan menyerahkannya kepada Henna dan Yurina. Sementara itu Yurina pula menuju ke arah tempat menjual stokin dan topi. Matanya tertumpu pada beberapa jenis topeng dan penutup muka. Dia mengambilnya dan meletakkan beberapa wang di atas tempat gerai tersebut.
"Saya beli." ujar Yurina walaupun tiada sesiapa di situ.
Yurina mendapatkan Ayumi dan Henna kembali dan memberikan topeng dan penutup muka kepada mereka berdua. Dia juga meletakkan sedikit wang di atas gerai terbabit.
"Saya beli, saya beli. Kalau lebih saya halalkan, kalau kurang tolong halalkan, terima kasih." kata Yurina lagi.
"Apa kau buat lagi ni, cepatlah kita kena salin baju dan pakai topeng." marah Ayumi dan menarik lengan Yurina.
Yurina mengangguk dan mengikut dengan dadanya berdegup kencang. Ayumi berlari sambil menelan air liur. Timbul rasa takut di dalam dirinya. Mereka belum pernah bertembung dengan raksasa gergasi yang sebesar bangunan sebegitu. Ayumi dan Yurina sama-sama menerbitkan perasaan gusar dan gentar. Mereka harus menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini kerana musuh mereka semakin hari semakin kuat.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...