...sambungan Bab 13

104 18 2
                                    

...

TEPAT pukul 2.00 petang, loceng sekolah berbunyi sebanyak tiga kali menandakan tamat waktu sekolah pada hari itu. Dilan dan Zull bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Setelah siap memasukkan barang yang patut ke dalam beg galasnya, Zull berpaling ke arah Dilan.

"Dee, kau tunggu aku dekat pondok pengawal tu. Lepas siap aku pergi sana." pesan Zull cepat.

Dia kemudiannya berlari anak untuk ke Bilik Disiplin memandangkan Cikgu Azrell ingin berjumpa dengannya. Zull menuju ke arah bangunan perpustakaan sekali lagi. Bangunan itu dipanggil sebagai Bangunan Perpustakaan atau Bangunan Pentadbiran Sekolah memandangkan bangunan itu menempatkan Bilik-bilik Guru, Bilik Pengetua, Bilik Mesyuarat, Bilik Disiplin, Bilik Rawatan dan Perpustakaan Sekolah.

Zull berdiri tepat di hadapan bilik Disiplin dengan wajah tidak berminat. Sebenarnya dia malas untuk berjumpa dengan Cikgu Azrell. Zull mengetuk pintu sebanyak dua kali. Dia memasuki bilik itu apabila suara Cikgu Azrell kedengaran.

"Assalamualaikum Cikgu." sapa Zull terlebih dahulu. Cikgu Azrell mengangguk. "Boleh saya duduk?" tanya Zull.

Cikgu Azrell mengangguk sekali lagi. Dia langsung tidak melihat gerangan yang memasuki biliknya itu. Dia sedang sibuk menanda sesuatu.

"Sibuknya Cikgu." tegur Zull sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

Bilik itu sunyi seketika. Zull memerhatikan bilik itu kerana dia kebosanan. Cikgu Azrell mengangkat wajahnya untuk melihat Zull.

"Kamu buat apa di sini? Kalau nak laporkan tentang pelajar bermasalah, kamu bagitahu ajelah." jelas Azrell ringkas dan melihat Zull pelik apabila Zull tidak bercakap. Dia ingatkan Zull ingin melaporkan sesuatu kepadanya.

"Um, bukan Cikgu nak jumpa saya ke?"

"Saya tak ingat pulak saya nak jumpa kamu hari ni. Saya nak jumpa Zull sebenarnya." jawab Azrell ringkas. Zull menaikkan bulu kening kanannya dan menunjukkan tanda nama pada poket baju sekolahnya.

"Tengok ni Cikgu. Ha, biar saya tolong eja untuk Cikgu. Z.U.L.L, ZULL. Tu la Cikgu pandang muka saya pun tak. Kalau saya ni orang jahat yang bersenjata ke, tak ke naya Cikgu dikerjakan penyangak tu."

"Eh, budak ni pandai-pandai aje." bisik hati Azrell. "Um, jadi kamu berminat?" soal Azrell ingin tahu. Dia meletakkan pen di atas meja.

"Apa Cikgu ni, tak ada muqaddimah langsung. Datang-datang aje tanya saya berminat ke tak. Berminat dengan apa ni Cikgu."

"Dilan tak bagitahu kamu apa-apa ke?"

"Saya tanya dia, dia cakap 'nanti kau tahulah'. Tahu apa Cikgu?"

Azrell menepuk dahinya. "Um, terpaksalah saya terangkannya balik. Nah."

Azrell menolak lencana, tag nama, buku peraturan, tali leher dan pakaian khas Ketua Pelajar Sekolah yang berwarna hitam. Zull melihat barang-barang itu pelik.

"Sebenarnya saya nak lantik kamu menjadi Ketua Pelajar Sekolah merangkap Ketua Pengawas Sekolah. Semua barang atas meja tu akan menjadi milik kamu."

"Saya tak nak."

"Ke...kenapa!?"

Azrell mula cemas kerana dia sudah tiada calon lain. Nik dan Mior pula sudah tentu akan menolak bulat-bulat memandangkan mereka tidak ingin dibuli oleh Jason. Jason sangat tidak menyukai seseorang yang menyandang jawatan itu.

"Um, sebab saya tak berminat."

"Kamu tahu tak tugas KPS ni senang. Kamu tak perlu buat kerja yang berat pun. Cuma baca ikrar, pergi kem, jadi ketua spot-check."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now