...sambungan Bab 46

33 9 0
                                    

...

SEMENTARA itu pula, Mamat membetulkan lensa kamera dan merekod adegan perlawanan superhero BBB dengan kamera milik syarikat penyiaran TV 10. Dia dan tiga orang lagi sedang bersembunyi di dalam pusat beli belah itu kerana tidak mahu lokasi mereka ditemui oleh penjahat.

"Mamat, dah sedia ke?" soal Megat, wartawan lokasi.

"Sudah, sudah. Dalam kiraan tiga. Satu, dua...Tiga. Mula!" arah Mamat.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Megat Iskandar selaku Wartawan Lokasi TV 10 ingin memaklumkan berita tergempar di mana, dua ekor raksasa mula menyerang Pusat Beli-belah utama di Bandar Baru Bukit Berapi. Pada pukul 3.45 petang tadi, seekor raksasa mula menyerang seorang mangsa lelaki. Namun, perwira BBBB iaitu TBM mula menyelamatkan keadaan. Namun, dua orang dari mereka nampaknya telah cedera teruk. Keadaan masih belum diketahui. Perwira Night Stalkers pula datang menyelamatkan keadaan dan mereka masih sedang berlawan. Semoga kemenangan memihak kepada mereka. Insya-Allah! Mari kita tonton video yang berjaya kami rakam sewaktu kejadian." jelas Megat bersemangat. SD atau Scene Director TV 10 mula memutarkan video kejadian tadi.

Ayumi terus membuka baju kotnya dengan meleraikan butang baju kot satu persatu dengan tangkas dan cuba bergerak pergi. Professor Rachan memang selalu membuka TV di makmalnya pada setiap masa. Oleh sebab itulah, Ayumi dapat mengetahui terdapat serangan dia BBB Mall.

"Ayumi, hati-hati." pesan Prof. Rachan risau.

"Baik." jawab Ayumi laju dan terus berlari dengan memakai baju kostum Night Stalker. Ayumi atau Merah menuju ke tempat perhentian bas dan menahan teksi apabila sebuah teksi melalui tempat tersebut.

"Ke BBB Mall." ujar Ayumi.

"Nak ke Majlis Halloween ke Cik? Halloween lambat lagilah Cik." sindir pemandu teksi itu.

"Aku tak sambut Halloweenlah." Bidas Ayumi garang.

"Oh, kenapa pakai baju superhero karut ni. Haih, remaja sekarang ni semuanya teruk. Akhlak runtuh. Ramai yang berebut-rebut nak jadi 'setan'." sindir pemandu itu lagi.

"Oi, kau patut bersyukur aku masuk teksi kau yang buruk ni. Superhero karut ke apa ke, aku tak kisah. Tapi, kami remaja yang berebut ingin menjadi 'setan' ni mengikut jejak langkah kau dan masyarakat yang hanya pandai bercakap dan menghukum. Baik kau diam dan fokus memandu, kalau tak aku sumpah kau menjadi katak puru." Ujar Merah kemudiannya berdiam diri ditempat duduk belakang.

Pemandu teksi itu tersentap dan terus berdiam diri. Setelah sampai, Merah yang baru keluar dari perut teksi terus menuju ke arah pintu masuk 'shopping complex' tersebut, namun dia dihalang oleh pihak polis.

"Biarkan saya masuk!" marah Merah geram.

"Kami tak boleh benarkan orang awam masuk ke dalam. Hanya pihak tertentu sahaja yang boleh masuk. Nyawa kamu dan semua orang awam kat sini sudah menjadi tanggungjawab kami, jadi sila berundur." arah seorang anggota polis.

"Saya Night Stalker. Kawan-kawan saya perlukan saya dekat dalam tu. Mereka dalam bahaya." jerit Merah garang.

Rata-rata orang ramai di situ termasuklah pemandu teksi tadi tertawa dengan ucapan Merah. Merah kepelikan. Dia tidak membuat lawak bodoh pun. Bisiknya. Oleh sebab geram, Merah merekahkan sedikit tanah di bawah kaki para polis dan membuatkan tanah memegang kaki mereka. Polis-polis di situ terperangkap di situ. Kemudian, dengan selambanya dia memasuki 'shopping complex' tersebut. Usai masuk, dia memecahkan kembali tanah yang telah memegang para polis. Pemandu teksi, polis dan orang awam di situ terkejut besar.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now