...
LIAM memerhatikan rumah istana milik Mazhe itu dari kejauhan. Dia risau pihak istana Kastelhalia masih lagi tidak berpuas-hati dengan kejadian tadi dan mencari Zull dan Dilan di situ. Memerhati dari jauh sudah sebati dengannya. Semasa dia menjaga Tuan Muslim pun dia turut melakukan perkara yang sama. Semenjak Tuan Muslim menyelamatkannya, dia telah berikrar untuk taat dan setia dengan Tuan Muslim, dan tidak pernah menyesali keputusannya itu kerana Tuan Muslim sangat baik dengannya serta berbeza dengan golongan-golongan Diraja di istana Kastelhalia. Entah kenapa dia tiba-tiba sahaja teringat akan kenangan dia bersama-sama Tuan Muslim. Mungkin dia merindui Tuan Muslim. Sekarang ini, selepas Tuan Muslim meninggal dunia, dia berikrar untuk menjaga Tuan Muda Zull pula.
Sedang dia ralit mengelamun, seseorang telah mengacukan sesuatu di belakang lehernya. Bebola mata Liam terus bergerak ke sisi kanan. Orang yang mengacukan senjata di belakang Liam, seraya berkata,
"Siapa kau dan apa yang kau buat di sini?" soal seseorang itu, waktu itu dia tidak dapat melihat wajah Liam memandangkan Liam membelakanginya.
Oleh itu, Liam berpaling ke belakang dengan perlahan-lahan. Saat wajah Liam dilihat sepenuhnya oleh orang yang sudah bersedia dengan senjatanya, orang itu terus mengundur 10 langkah ke belakang dan rekabentuk senjata yang diacukan kepada Liam tadi mula berubah menjadi lebih tajam dan 'ganas'. Melihat reaksi itu, Liam terus memetik jarinya. Pada saat jarinya dipetik, suasana tempat itu mula berubah secara keseluruhan. Sebenarnya, Liam telah menyeru kuasa Worsikel. Worsikel ialah seperti bulatan tempur buatan. Sesiapa yang berlawan di dalamnya tidak akan merosakan tempat sebenar yang berada di luarnya. Ianya seolah-olah suatu portal dan dimensi simulasi, tetapi langsung tidak menjejaskan tempat asal. Lelaki yang bersenjata tadi semakin beriak serius dan berada di dalam posisi berlawan.
"Saya bukan musuh awak lagi, Ketua Hash." Ujar Liam tenang. Dia sememangnya seorang yang sangat tenang.
"Heh, kalau awak rasa ia akan membuatkan saya tenang hati dan melepaskan awak, awak silap. Tidak mungkin seorang musuh yang begitu disanjung oleh pihak Raidez dan tunjang kekuatan utama mereka boleh berpaling dengan begitu mudah."
"Tetapi, saya sudah lama tinggalkan istana Kastelhalia dan Raidez. Saya sudah menetap di bumi dan hidup di sini seperti manusia biasa."
"Kalau ia betul, jadi apa yang awak buat di sini? Mengintip? Aku tidak akan benarkan kau mencederakan Putera Mazhe."
"Memang saya sedang mengintip. Tetapi, bukannya untuk mengintip Putera Mazhe."
"Hm. Jadi, siapa lagi orang yang pihak kau mahu hapuskan selain Putera Mazhe?"
"Saya sudah kata yang saya bukan lagi di pihak Raidez."
"Oh ya? Jadi, kamu berpihak kepada siapa sekarang?" duga Hash dengan wajah serius dan bengang.
Dia sudah bersiap sedia dengan senjata serta kuasanya dan boleh menyerang Agness bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Dia tahu Liam ialah bekas Jeneral Agness memandangkan seseorang yang pernah melihat Jeneral Agness telah melakar wajah Jeneral Agness dan ia tersebar di seluruh kerajaan Olienpiece termasuklah Mauritus (Kerajaan yang menempatkan Istana Tertinggi Kastelhike).
"Zull."
Dengar sahaja nama Zull, Hash terus mendecis. "Jadi memang benarlah Zull seorang pembelot. Aku sudah dapat mengagaknya. Dia memang menunjukkan ciri-ciri pembelot dengan perangai tidak senonohnya itu."
"Awak silap. Zull bukan seorang pembelot. Dia tidak tahu apa-apa tentang Olienpiece, tentang saya dan bekas pemegang Naga Api."
"Takkanlah bekas pemegang Naga Api yang dahulu memberikan batu yang berharga macam itu kepada budak yang dia tidak kenal?"
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...