...sambungan Bab 50

37 8 0
                                    

...

ASAMIYAH memasak nasi goreng di dapur rumah sewa anaknya, Ayumi. Tepat pukul 5.30 pagi tadi dia bangun untuk mandi dan solat. Usai melakukan rutin paginya, dia terus turun ke dapur untuk memasak sarapan pagi untuk kawan-kawan anaknya itu. Dia sudah menganggap kawan serumah Ayumi itu seperti anaknya memandangkan mereka semua sebaya. Tidak lama selepas itu, Yurina dan Henna turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur apabila terbau aroma tumisan bawang merah dan bawang goreng.

"Mak cik masak apa?" soal Yurina.

"Nasi goreng je." jawab Asamiyah tersenyum. "Maaflah Mak cik guna barang rumah ni tak bagitahu."

"Eh, tak apa. Barang-barang di rumah ni pun hasil dari perkongsian duit dengan Ayumi jugak. Mak cik nak pergi hospital ke lepas ni?" Asamiyah mengangguk.

"Masaklah untuk pak cik sekali. Bolehlah dia makan di sana." cadang Henna.

"Ya tak ya jugak, kan. Bolehlah dia makan sekali. Kena tambah nasi ni." ujar Asamiyah.

"Tak apa, biar saya tambahkan. Mak cik nak apa-apa lagi tak?" soal Yurina. Asamiyah menggelengkan kepalanya. Oleh itu, Yurina naik semula ke atas kerana mahu mengejutkan Mina dan Tina untuk bangun solat Subuh.

Setelah itu, Yurina turun ke bawa semula dan dapat melihat Henna sedang membantu Mak Cik Miya dengan menyusun pinggan di meja makan. Dia mendapatkan Henna dan membantu yang mana patut. Setelah Miya selesai memasak, dia memasuki bilik Ayumi semula kerana ingin rehat sekejap dan bersiap untuk ke hospital pukul 8 pagi nanti. Tepat pukul 7.30 pagi, kelibat Mina dan Tina yang sedang menuruni tangga mula kelihatan. Mereka mendekati meja makan dan mula melabuhkan punggung di situ.

"Aaaaaaaaa...Mengantuknya. Tapi, tak boleh tidur lagi dah sebab aku dah mula rasa sakit kepala." Rendek Mina sambil menyembamkan muka ke meja makan.

"Yalah, semalam kita semua tidur awal sebab sakit-sakit badan. Korang masih sakit lagi ke? Kalau masih sakit, aku rasa aku nak beritahu Puteh supaya bawa Kelabu ke tempat latihan kita lepas ni, bolehlah dia rawat kita." Cadang Yurina sambil mencedokkan nasi ke pinggan Mina dan Tina.

"Um....Korang rasa Puteh tak apa-apa ke? Aku nampak dia agak teruk semalam dan korang rasa musuh kita tu berjaya dapatkan Puteh tak? Sebab semalam kan dia macam nak bawa Puteh." Celah Tina pula dengan wajah ingin tahu.

"Eh, kan! Yalah, semalam kita semua balik ke rumah selepas hantar Ayumi ke wad semula dan bila ahli TBM dan tiada di situ. Semalam Puteh tak balas apa-apa dekat alat kelui. Mungkin aku patut bagi mesej sekali lagi. Ala, tapi alat tu dekat atas. Kejap lagilah...Hehehe! Aku lapar, lagi-lagi ini ialah masakan orang lain. Aku dah bosan makan makanan aku sendiri."

"Samalah, aku pun dah bosan makan masakan kau." Jawab Mina pantas dan tanpa ragu-ragu. Yurina terus mengecilkan matanya ke arah Mina.

"Ehehehe...Sorry, terlepas pulak. Aku nak cakap dalam hati je, tapi terlepas di mulut. Ish, jahatnya mulut. Kau ni memang derhakalah, mulut." Mina menepuk bibirnya sendiri dengan banyak kali.

"Dahlah Mina, tak payahlah nak marahkan mulut. Jadi manusia tu kadang-kadang kena sedar kesilapan sendiri jugak, jangan asyik nak cari salah orang." Bidas Yurina kasar.

"Ala, Yurina janganlah marah."

"Hmph!" Yurina mendengus dan memalingkan muka ke arah lain tanda protes. Ia telah membuatkan Mina tergelak kecil.

"Eh, korang nak tahu satu cerita gempak tak!?" celah Tina secara tiba-tiba. Dia baru sahaja selesai menelan nasi goreng yang dia kunyah tadi.

"Tch! Ish, kau ni! Aku baru nak berdrama dengan si Mina ni." Yurina mendecis.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now