...
TENGAH malam itu, pada pukul 12.30 pagi, bilik Zull dibuka sekali lagi. Zull masih lagi tidak sedarkan dirinya. Orang yang memasuki bilik Zull mengangkat kerusi belajar di bilik Zull dan meletakkannya ke tepi katil. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di situ dan duduk termangu sambil memandang ke arah jasad Zull yang sedang terbaring di situ. Dirinya diselubungi oleh perasaan serba salah kerana dia ialah punca Zull berada dalam keadaan sedemikian. Dia nampak Zull sedang menutup matanya dan separuh badan Zull ditutup dengan selimut.
"Aku...minta maaf Zull, sebab aku kau jadi macam ni. Daripada awal lagi, aku patut bersetuju untuk serahkan batu-batu ni kembali kepada Hash masa kau cadangkannya minggu lepas. Tapi, aku degil. Aku minta maaf. Aku sentiasa degil dan kau selalu 'terpaksa' bersetuju dengan keputusan aku sehingga kau terpaksa berhenti jadi polis. Aku minta maaf sebab terlampau pentingkan diri, Zull. Mungkin ini masa yang tepat untuk kita berhenti menjadi 'wira' yang tidak didendang di sini. Aku tak tahu macam mana aku boleh hilang kawalan Zull, yang aku rasa petang tadi adalah perasaan marah yang amat dahsyat, yang aku tak dapat bendung sehingga aku terdengar suara untuk membunuh kau. Mungkin ini sebab Nabi SAW mahu kita menahan marah dan bersabar. Astaghfirullahal'adzim." Kata Dilan panjang lebar sambil melihat ke arah tangannya sendiri.
"Dahlah Dee, benda yang lepas jangan dikenang."
"Aaaaaah!" Dilan menjerit sehinggalah dia terjatuh dari kerusi.
"Aaaah! Awat hang menjerit!? Hang terkejut, aku pun terkejut."
"Kau dah sedar."
"Ya."
"Bila masa?"
"Masa kau bercakap tadilah. Aku tengah sedap tidur, tiba-tiba terdengar orang melalut bercakap. Dahlah panjang. Aku ingat aku sorang aje yang suka membebel, kau pun samalah. Sedap cakap dekat orang. Poorah!" balas Zull sambil membantu Dilan untuk berdiri.
"Ka-kau dengar apa yang aku cakap tadi?" soal Dilan dengan pipi yang sudah merah padam.
"Dengarlah, ingat aku pekak ke?"
"Kenapa kau tak cakap apa-apa pun."
"La, tadi kan aku dah cakap. Lagipun, kalau aku mencelah masa kau sedang bercakap, kan kurang ajar namanya itu. Jadi, aku tunggulah kau berhenti bercakap dulu, barulah aku mencelah. Apa kau ni."
"Kau dah okey ke?"
"Ya. Tak sakit lagi. Aku yang patut minta maaf sebab buat sesuatu dekat korang, walau pun aku tak ingat apa yang aku buat, tapi aku tahu aku dah buat sesuatu sampai kau terpaksa serang a..."
"Kejap, kejap. Kau tak ingat apa-apa?"
"Tak Dee, kan aku dah cakap. Um, apa yang aku dah buat sebenarnya?"
"Huh. Um, kau dikawal oleh pihak musuh. Tapi, kau jangan risau, semua orang selamat berdasarkan apa yang Amir cakap tadi."
Zull mengangguk-angguk. "Aku rasa kita kena melatih 'minda di bawah sedar' (unconscious mind) kita supaya kita tak senang dikawal oleh orang lain. Musuh kita tu sudah dikalahkan ke?"
"Aku tak pasti, kita kena tanya diorang balik."
"Kalaulah dia belum dihapuskan, maka kita kena berhati-hatilah sebab boleh jadi benda yang sama akan berulang sekali lagi. Kalau bukan dia pun, orang lain yang ada kuasa yang sama boleh buat benda tu lagi kepada kita."
"Betul cakap kau. Oh ya, kau tahu tak yang jiran sebelah rumah kita sebenarnya adalah Night Stalkers. Heh, tak sangka betul."
"Aku tahu."
"....?" Dilan membuat muka tidak berklu.
"Aku dah lama tahu diorang Night Stalkers. Dee, kau tengoklah diorang sama macam kita. Dalam kelas kita, orang yang umur hampir sama macam kita ialah diorang dan yang duduk serumah macam kita juga diorang, jadi memang dapat diagaklah. Aku agak terkejut Niel tak tahu sebab dia tu nampak bijak. Kau dan Abang Az tu aku tak terkejut sangat sebab korang ni memang lembap."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...