...
SEBUAH bas berhenti di pondok bas. Orang yang mahu turun ke destinasi itu turun secara bergilir-gilir. Apabila sudah sampai giliran Zull, dia melompat dari tangga bas ke tanah. Setelah itu, dia berjalan pergi ke tempat yang dia mahu tuju iaitu syarikat utama Redlight. Syarikat telekom milik Datuk Nurahim, ayah kepada Mior dan Amir. Amir ialah 'banduan' yang dia jumpa di sebuah rumah kebajikan.
Zull memasuki bangunan rumah kedai dua tingkat tersebut. Syarikat atau pusat telekom itu berada di situ. Redlight ialah salah sebuah anak syarikat dari Maran Group. Maran Group dimiliki oleh ayah mertua Datuk Nurahim dan isterinya, Maria. Saat memasuki rumah kedai itu, seorang jurujual mendapatkannya.
"Ya, adik nak beli simkad baharu ke?"
"Tak bukan, Datuk Nurahim ada di sini ke?"
"Ada, dia di atas, dalam pejabatnya. Adik nak jumpa dia ke?" Zull mengangguk laju.
Jurujual itu terus mendapatkan seseorang yang berada di kaunter dan merupakan penyelianya di situ. Mereka bercakap sekejap lalu penyelia itu telah menghubungi pembantu peribadi Dato' Nurahim sebelum kembali kepada Zull. Setelah itu, dia menyuruh Zull untuk mengikutinya. Zull bernasib baik kerana Datuk Nurahim ada masa terluang memandangkan Datuk Nurahim baru selesai rehat.
Mereka memasuki pejabat urusan di mana kerja-kerja pejabat seperti tempat mesyuarat, dokumen projek, bahagian pasaran serta bahagian pengurusan berada. Tempat ini ialah HQ Redlight. Selain di tengah bandar, cawangan atau kiosk Redlight juga berada di bandar-bandar kecil atau pasaraya kecil. Datuk Nurahim berada di pejabatnya ketika itu dan membenarkan Zull untuk masuk.
"Kamu tidak pernah berputus-asa, kan? Kenapa kamu sibuk dengan masalah orang lain ya? Amir itu kawan kamu ke?"
"Kawan sekelas."
"Saya sudah beritahu Puan Syarifah untuk melepaskan Amir. Jadi, sudah tidak ada apa-apa yang kamu perlu risaukan lagi."
"Melepaskan Amir macam itu sahaja bukan jalan penyelesaiannya."
"Habis tu, kamu mahu saya buat apa lagi? Kamu kata apa yang saya buat itu tidak betul dan mengurungnya bukanlah penyelesaian yang baik, maka saya telah bebaskan dia. Jadi, apa lagi?"
"Datuk ada jumpa dia dan beritahu dia tentang ini? Atau pujuk dia?"
"Dia sendiri tak mahu jumpa saya. Pandang muka saya pun tak."
"Baiklah kalau macam itu, saya akan menjadi perantara Datuk dengan dia. Saya mahu jumpa dia selepas ini. Datuk ingin pesan apa-apa kepada saya?"
"............Beritahu dia, saya minta maaf. Itu sahaja."
"Itu aje? Tak nak beritahu dia yang Datuk sayangkan dia dan buat semua itu demi kebaikan dia? Tidak mahu keluarkan dia dari rumah kebajikan itu ke?"
"Sudah tentulah saya sayangkan dia. Dia anak saya, kan. Semua orang sayangkan anak dia. Kamu belum ada anak, kalau kamu ada anak nanti kamu akan tahulah perasaannya macam mana."
"Rilekslah Datuk, saya tanya aje. Apalah orang tua ni. Saya ada cadangan untuk Datuk. Saya mahu Datuk keluarkan dia dari situ."
"Ha? Habis tu dia mahu tinggal di mana? Rumah saya? Isteri saya tidak sukakannya, nanti saya bergaduh besar dengan dia lagi."
"Bukan, dia boleh tinggal dengan saya. Tapi, Datuk kena bayar sewa dialah. Dan, saya mahu Datuk beritahu berita itu sendiri kepada dia. Beritahu dia dan pujuk dia yang Datuk akan bawa dia tinggal bersama-sama Datuk semula suatu hari nanti. Beritahu dia, Datuk hanya perlukan masa sahaja. Beritahu dia, betapa Datuk sayangkan dia. Beritahu dia, dia ialah anak kesayangan Datuk dan beritahu dia Datuk sudah menyesal dengan perbuatan Datuk..." Zull berhenti untuk seketika sebelum menyambungkannya semula.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...