...sambungan Bab 21

92 15 2
                                    

...

DILAN meneruskan perjalanan dia ke pondok bas dan duduk di bangku yang telah disediakan setelah sampai di sana. Selama lima minit dan dua saat menunggu, bas sampai di hadapan pondok itu. Dilan menaikinya dan mula meliar mencari tempat kosong sehinggalah dia perasan satu tempat kosong.

Namun, terdapat seorang perempuan yang sedang duduk di sebelah tempat kosong terbabit. Dia kenal perempuan tersebut. Dilan mengambil kesempatan itu untuk duduk bersebelahan dengan perempuan yang dikenalinya itu.

"Baru balik ke?" soal Dilan sejurus duduk.

"Buta ke." balas perempuan itu dengan garang.

"Mira, saya minta maaf pasal...semuanya."

"Bukan aku dah cakap ke jangan panggil aku Mira. Kau diam boleh tak. Otak aku nak rehat. Otak aku sakit kalau bercakap dengan lelaki macam kau. Dahlah buta, pekak pulak tu."

Mira atau dikenali sebagai Ayumi menjeling Dilan. Pada enam tahun yang lalu, Dilan memanggil Ayumi sebagai Mira sahaja. Dilan terdiam. Kemudian, memberanikan dirinya untuk membuka mulut.

"Saya betul-betul minta maaf pasal enam tahun yang lalu."

"Kau dah lupa ya, yang kau suruh aku lupakan kau masa tu. Jadi, aku dah padamkan semuanya pasal kau dalam ingatan. Jadi, jangan cakap pasal kejadian yang berlaku pada enam tahun lepas lagi sebab aku dah tak ingat dan mahu ingat langsung pasal tu."

"Nah. Awak ambillah. Saya tak suka simpan patung. Lagipun, Zull mesti marah saya bawa balik patung. Dia takut dengan patung."

Dilan memberikan anak patung perempuan itu kepada Ayumi. Ayumi mengambilnya. Dia seorang yang suka dengan anak patung dan Dilan tahu mengenai hal itu.

"Mana dia?"

"Ha, siapa?" duga Dilan kembali.

"Kawan baik kau tu la."

"Dia di sekolah lagi."

"Um, dah berapa lama kau kenal dia? Kau tak pernah ada kawan baik pun sebelum ni kan? Kalau setakat dua tiga tahun, rasanya masih belum layak untuk dipanggil sebagai kawan baik. Ia belum cukup untuk kenal hati budi masing-masing kan."

Ayumi menyindir sekali lagi. Dia tahu mereka berdua baru berkawan selama tiga tahun kerana Zull pernah memberitahunya sebelum ini. Ayumi sengaja ingin menyakitkan hati Dilan.

"Dah tiga tahun. Setelah Ummi saya meninggal dunia."

Ayumi sedikit kaget. Dia kenal Ummi Dilan kerana Ibunya sangat rapat dengan Ummi Dilan itu.

"Mak Cik Iman dah tak ada? Kenapa saya tak tahu?"

"Sebab kami tak tahu macamana nak hubungi awak dan keluarga awak." balas Dilan ringkas. Ayumi tersedar akan hal itu dan mendiamkan dirinya.

"Saya harap awak boleh maafkan arwah Ummi dan termasuklah saya."

Namun, Ayumi tidak membalasnya dan mengalihkan pandangannya ke luar tingkap bas. Mereka berdua mendiamkan diri sehinggalah mereka sampai ke rumah sewa masing-masing. Ayumi dan Dilan tidak bercakap walaupun sepatah setelah turun dari bas.

Ayumi berjalan di hadapan Dilan. Dia tidak mahu bercakap lebih lama dengan Dilan. Selepas lima minit berjalan, Dilan telah membuka pintu rumah utamanya dan terus melangkah masuk. Masuk sahaja ke dalam, Joshua terus memeluk kaki Dilan.

"Joshua, kenapa ni?" Dilan mula panik.

"Dilan, kenapa kau balik lambat sangat. Aku takut tau duduk dalam rumah ni sorang-sorang. Dahlah aku kelaparan."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now