...sambungan Bab 25

125 18 0
                                    

NAMUN, kali ini Puteh tidak sempat melakukannya kerana Serija menerkamnya dari belakang. Serija itu melompat tinggi ke arah Puteh yang masih berada di atas dan telah berjaya mendapatkan Puteh. Mereka berdua jatuh ke atas tanah sambil bergolek-golek.

'Dapppp!!!!'

Bunyi Puteh dan Serija jatuh terguling di atas tanah kedengaran kuat. Semua mata memandang dengan biji mata yang membulat besar. Namun, mereka kembali fokus untuk menentang saki baki Serija yang lain. Terdapat empat Serija menyerang ke arah Oren, Biru, Hijau, Kuning, Merah, Ungu dan Kelabu serentak.

Tanpa berfikir panjang, Hijau menggunakan kuasa angin taufannya untuk menolak salah satu Serija yang datang mendekat. Manakala, Biru menggunakan kuasa airnya untuk menyerang kemaraan salah satu Serija itu juga. Dia tidak mampu menyerang Serija dengan sekali gus.

"Kami serahkan yang lain kepada kamu." pesan Biru kepada Ungu, Kelabu dan Oren. Mereka bertiga terus membuntangkan mata luas.

"Ku-kua-kuasa...Aku nak sebut apa ni, Kelabu!?" soal Ungu kalut apabila melihat Serija yang menuju ke arah mereka berdua semakin laju.

"Saya tak tak tahu. Haaaa...Huuuuu...Papa...!" rintih Kelabu sedih.

"Kejap! Kejap! Kejap! MUNCUL!"

Ungu melaung dengan kuat dan dengan serta merta Klon Joshua yang berumur 30 tahun memunculkan dirinya dengan wajah serius. Klon Joshua terus menyerang Serija menggunakan pedang dua mata.

'Hiyaaa!!!'

Serentak itu juga, Klon Joshua menggunakan kuasa bayang-bayang untuk menangkap Serija. Klon Joshua telah membentukkan bayang-bayang terbabit menjadi tangan yang panjang dan melilit badan Serija. Serija itu berhenti berlari laju dan terus terjatuh ke tanah.

Kelabu terus melompat gembira kerana turut seronok melihat kekalahan Serija. Klon Joshua tersenyum sinis lalu menghunuskan pedangnya ke arah dada Serija. Serija itu terus lenyap seperti abu. Klon Joshua kemudiannya mengambil sikat di poket baju dan menyikat rambut hadapannya supaya menjadi kemas.

"WOOOOIII! Tolonglah aku juga!" teriak Oren yang sedang melarikan diri dari Serija yang sedang mengejarnya.

Kuning telah pun berada di atas bersama-sama Merah. Ungu, Klon Joshua atau Klon J serta Kelabu terus berpaling ke arah Oren yang sedang melarikan diri itu. Klon J terus menuju ke arah Serija yang mengejar Oren.

Kali ini Klon J melompat tinggi ke atas sehingga mencecah ketinggian bangunan setinggi lima tingkat dan kemudiannya membuat terjunan. Semasa hampir ke daratan, Klon J terus menghunuskan pedang dua mata ke arah Serija itu dan menikam dadanya. Oleh sebab itu, Serija terbabit terus menjadi debu.

"Huhhhh! Terima kasih banyak-banyak." kata Oren sambil merukuk kerana keletihan. Klon J mengangguk.

"Untuk gadis yang dicintai oleh kawan saya, apa-apa sahaja." kata Klon J.

"Haaaa?" Oren atau Mina kepelikkan apabila Klon J menyatakan hal pelik itu kepadanya.

"Ah! Dah sampai masanya." kata Klon J sebelum lenyap. Ungu yang melihat hal itu mengangakan mulutnya luas.

"Ehhhhhhh!? Ke-kenapa!? MUNCUL! MUNCUL! MUNCUL!!!"

Ungu berteriak dengan kuat untuk memanggil Klon J kembali. Oren yang melihat hal itu dengan wajah tidak berklu, turut terpinga-pinga seperti Ungu atau Joshua itu.

Sementara itu pula, selepas terhempas kuat dan terguling-guling dia atas tanah tadi, Puteh dengan cepat mencari keseimbangannya dan cuba untuk duduk di posisi yang stabil kembali. Dia menggunakan Pedang Opak Biru pemberian Naga Ais kepadanya untuk menikam pedang itu ke tanah.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now