...sambungan Bab 36

57 7 0
                                    

...

Di sebuah perhentian bas, pukul 12 tengah hari.

ZULL melompat turun dari bas dengan wajah gembira. Dia ingin melawat Amir sekali lagi. Anak beruang yang dia maksudkan pada pagi tadi ialah Amir. Zull menuju ke arah Rumah Kebajikan Syarifah itu dengan berhati-hati. Dia tidak ingin tertangkap dengan pengawal keselamatan.

Zull menuju ke arah tembok pagar tempat itu dan cuba memanjatnya. Setelah berjaya, Zull melompat turun ke bawah. Kemudian, dia berlari anak untuk ke tingkap bilik stor tempat itu iaitu bilik di mana Amir telah dikurung.

Zull mengetuk cermin tingkap tersebut dengan berhati-hati. Tidak lama selepas itu, seseorang membuka kunci tingkap dan menjenguk ke luar. Tingkap itu disediakan sekali dengan palang besi sebagai faktor keselamatan.

"Hai, Jojo datang lagi!" teriak Zull dan terpacul tepat-tepat di luar tingkap tersebut. Amir terus merentap kolar baju Zull dan menarik Zull mendekati palang besi tersebut.

"Kau lagi! Kau nak apa hah!?" laung Amir kuat.

Zull terus menampar pipi Amir perlahan. Dia menyelitkan tangannya di ruang antara palang besi tersebut. Kemudian, Zull memberi isyarat untuk memperlahankan suara kepada Amir.

"Um, jap aku fikir. Soalan susah tu sebab aku datang sini tanpa ada apa-apa hajat."

"Habis kau buat apa di sini!? Berani kau tampar aku ya."

"Ala, sikit aje. Bukannya kuat pun. Aku saja aje nak melawat beruang kutub dalam kurungan. Kut-kutlah dia lapar, aku bolehlah beri makanan. Oh, aku ada bawa Jojo. Kau nak?"

"Aku tak nak!!!"

"Nak cakap tak nak pun kena menjerit sampai macam itu sekali ke? Cakaplah ajelah elok-elok. Cakaplah, 'kita tak nak, kita dah kenyang. Awak makanlah...' Ha, susah ke nak jawab macam tu." Balas Zull sambil membuat gaya seperti lelaki lembut.

"Daripada aku jadi sotong kena sunat macam tu, baik aku tak payah cakap apa-apa."

"Sotong kena sunat? Aku tak tahu pulak sotong pun kena sunat. Perkataaan baharu..."

"Tak, sekarang ini kenapa kau muncul lagi depan aku!?"

"Kan aku dah cakap ta..."

"Jangan main-main lagilah, setan!"

"Kau nak bercakap dengan setan ke dengan aku? Mula-mula tanya aku lepas tu tanya setan pulak. Kau dah kenapa Bedah!"

"Sekali lagi kau perbodohkan aku, nahas kau!"

"Hahahahahahahaha! Kau nak buat apa? Kau duduk dalam bilik tu dan tidak dibenarkan keluarlah Siah. Macam mana kau nak 'nahaskan' aku? Tetapi, kalau kau nak 'nahaskan' aku betul-betul, kau kenalah keluar, kan. Macam mana, kau nak aku tolong kau ke tak? Aku boleh keluarkan kau dari situ Sameon."

"Nama aku Amir, bukan Bedah, Siah atau Sameonlah, s***!"

"Tch! Kenapa tak cakap awal-awal tadi. Kita panggil-lah nama awak macam tu sebab kita tak tahu nama sebenar awak."

"Ish, hei! Ada yang nak kena dengan aku agaknya ni."

"Hehehe, nak aku tolong kau ke tak?"

"Yang kau beria-ria nak tolong aku kenapa?"

"Kau silap. Bukan kau yang aku nak tolong, tetapi aku tak boleh berdiri di sini tanpa buat apa-apa apabila aku melihat keadaan yang salah di hadapan aku. Aku bencikannya. Aku bencikan penindasan! Dan perempuan semalam, aku tak tak suka dengan apa yang dia buat dekat kau! Perempuan seperti itu ialah seorang manipulatif. Untuk perangkap dia, aku perlukan kau."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now