...sambungan Bab 10

114 18 0
                                    

...

Di Makmal Keluarga Khai, Pukul 4.00 Petang.

AYUMI sedang duduk di atas kerusi makmal. Dia khusyuk membaca buku Ter Kurse Uf Scynes. Professor Rachan pula sedang membuat antiviral mengikut buku Ter Kurse Uf Scynes. Mereka ingin membuat kesemua antiviral itu dan menyimpannya.

Jika antiviral itu diperlukan, mereka hanya perlu membawanya sahaja dan tidak perlu lagi bertungkus-lumus menyiapkan antiviral semasa ia diperlukan. Ayumi dan Prof Rachan sudah membuat separuh daripada antiviral yang ada di dalam buku tersebut.

Ayumi dan Prof Rachan membuatnya secara bergilir-gilir. Sebentar tadi Ayumi telah membuat dua jenis antiviral dan Prof Rachan berehat terlebih dahulu. Sekarang ini giliran Prof Rachan membuat antiviral dan Ayumi akan berehat pula.

"Ayumi, kamu tahu, kamu patut gunakan masa muda kamu ni untuk berseronok. Ini tidak, kamu asyik habiskan masa kamu di makmal. Zaman sekolah adalah zaman yang paling menyeronokkan. Esok-esok kamu akan teringat-ingat akan zaman kamu ni. Saya yang dah tua bangka ni pun masih teringat akan zaman persekolahan saya. Dapat jumpa crush dan kawan-kawan yang sama gila dengan kita. Saya masih ingat lagi saya bagi surat dalam laci crush saya. Esoknya dia mengamuk besar. Saya baru tahu dia seorang yang garang. Semenjak daripada itu, saya berhenti kacau dia. Haha!" sampuk Prof Rachan tiba-tiba.

Ayumi meletakkan buku ke atas meja kuat membuatkan Prof Rachan terperanjat. Ayumi menjeling ke arah Prof Rachan tajam.

"Saya tak suka zaman persekolahan saya. Semua itu tipu sahaja. Kalau ia begitu menyeronokkan, kenapa saya langsung tidak ingat akan zaman persekolahan saya sebelum ini?" balas Ayumi serius.

"Ayumi, sebab itulah kamu patut menghargai zaman persekolahan kamu sekarang. Kamu tak rasa ia merupakan peluang kedua untuk kamu merasai kepahitan dan kemanisan menjadi seorang pelajar sekolah."

Prof Rachan ingin Ayumi merasai keseronokkan mempunyai kawan yang dia boleh percayai. Dia dapat rasakan Ayumi sebenarnya dahagakan kasih-sayang seorang kawan. Namun, Ayumi terlalu garang dan sinis. Oleh sebab itu, dia tidak mempunyai kawan rapat.

"Buat apa berkawan kalau akhirnya berpisah. Suatu hari nanti, masing-masing akan ada kehidupan sendiri. Ada anak untuk dijaga dan bekerja. Jika itu berlaku, ia hanya merugikan masa saya. Saya paling tidak suka membuang masa saya kepada seseorang begitu sahaja."

"Walaupun mereka ada kehidupan sendiri, tapi tak bermaksud hubungan persahabatan itu telah putus. Kamu tahu persahabatan yang terjalin adalah takdir, dan ingin memutuskan persahabatan itu adalah pilihan. Ia pilihan kamu jika kamu ingin memutuskannya. Dan ia juga suatu pilihan jika kamu meneruskannya. Saya rasa kamu mempunyai kawan serumah yang baik. Tina, Henna, Yurina dan juga Mina. Kamu adalah satu pasukan dan perlu mempercayai antara satu sama lain. Barulah kamu berlima ini tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh."

Ayumi mengetap bibirnya. "Saya tidak ingin dikecewakan lagi dengan seseorang yang digelar sebagai sahabat. I'm done with drama. You don't have to tell me everything I already knew and something that I pretended to know nothing 'bout. But actually, I knew it better than you."

Ayumi berkata tegas. Dia menggigit bibirnya, kemudian Ayumi menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya dengan berat.

"Um, Prof...Sebenarnya dia dah kembali." Sambung Ayumi dengan wajah serius. Rachan menoleh ke arah wajah Ayumi.

"Dia? Maksud kamu, lelaki pertama yang menjadi sahabat dan teman lelaki kamu?"

"Dia tak pernah jadi teman lelaki saya, tapi dia pernah berjanji akan kahwin dengan saya. Well, it was so obvious that he lied, it's just me that was so stupid that time. He had a girlfriend and threw me away six years ago. I hate HIM. I hate him so damn much!"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now