SETELAH berada di tangga terakhir, dia mengetuk bilik Zull kerana bilik Zull betul-betul di depan tangga yang kecil itu. Tidak sampai seminit, dia dapat mendengar bunyi kunci pintu itu dibuka dari dalam. Kepala Zull terselit di celah-celah pintu.
"Asal?" soal Zull ingin tahu.
"Kau dah nak tidur ke?"
"Tak. Kenapa?"
"Boleh aku masuk ke dalam?"
Zull mengecilkan matanya dan melihat ke arah Dilan dengan tajam. Dia melihat ke kiri dan kanannya yang merupakan dinding rumah. Setelah itu, barulah dia menarik Dilan masuk ke dalam.
"Okey, mana barang tu?"
"Ha?"
"Duit...mana? Kau datang cari aku sebab nak beli serbuk putih tu, kan?"
"Zull...Aku datang sini bukan nak main-main dengan kau."
"Alaaa. Dah tu kau buat apa dekat sini? Aku dah cakap, jangan datang ke bilik aku kalau kau tak nak main-main."
"Huh. Kenapa kau ugut untuk bunuh Amir kalau dia pecahkan rahsia kita sebagai TBM?"
"Laaa, salah ke? Bukan main lagi kita sembunyikan identiti kita, kalau Amir bongkarkannya, jadi sia-sia ajelah usaha kita selama ni."
"Tapi, janganlah sampai ugut bunuh. Amir baru datang sini, kan."
"Siapa suruh dia jaga tepi ampaian kain kita, Dee? Lagi pun, aku bukannya serius. Kau ni....benda kecik kut."
"Jangan buat macam tu lagi."
"Tsk! Yalah, yalah...Hmph!" Zull memalingkan mukanya ke arah lain tanda protes. Dilan tergelak kecil apabila melihat reaksi itu.
"Kau janganlah merajuk."
"Aku tak mudah merajuklah. Tapi, kalau aku mula merajuk, lama tau. Lama. Jadi, kau jangan buat sampai aku merajuk. Aku ambil masa bertahun-tahun nak 'sejuk' balik, tau! Dah keluar! Aku ada bisnes jual serbuk putih dekat orang lain. Keluar."
"Serbuk putih apa? Dadah?"
"Oi, benda tu haram kut, Dee. Gandumlah! Apa barang dengan dadah. Tak gangsterlah kalau main dengan dadah. Main gandum baru syok! Boleh goreng-goreng! Dadah boleh buat apa?"
"Yalah....Jangan main sampai lewat malam. Esok kita sekolah."
"Yes papa!"
Dilan menggeleng-gelengkan kepalanya dan setelah itu berlalu keluar dari bilik tersebut. Setelah kelibat Dilah menghilang, Zull mencebik. Esok dia akan membebel-bebel dekat Amir kerana telah mengadu pasal perkara itu kepada Dilan.
"Kau agak hebat petang tadi." Celah seseorang pula.
Zull mengetapkan bibirnya dan mendecis. "Tch! Kau suka datang bilik aku kan....Kau nak apa dari aku?"
"Walau apa pun yang berlaku, kau masih lagi seorang suspek pada aku. Ia memelikkan kau dapat batu permata Naga Api itu. Lagi, memelikkan Naga Api dahulu pilih kau. Dia adalah seorang pengkhianat, dan kau mungkin juga seorang pembelot." Ujar seseorang itu lagi.
"Malas aku nak layan kau. Oh ya, maksudnya kau ada petang tadi. Tapi, kau tak tolong diorang!? Diorang hampir mati kut."
"Aku sedar tentang kejadian itu semasa kau bunuh Pak Bayang."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...