HIJAU menggigit bibirnya memandangkan dia sedang fokus mengawal pusaran angin. Dia mahu menolak pusaran itu kepada Oren yang menjadi lawannya sekarang. Rancangannya, dia mahu memusingkan Oren dan kemudian, menembak badan Oren sewaktu Oren sedang berpusing-pusing. Namun, sekarang ini Oren menggunakan kuasa mindanya untuk menyekat pusaran itu. Jadi, pusaran anginnya tidak bergerak-gerak pun sedari tadi.
"Urghhh..." dahi Hijau berkerut seribu kerana cuba fokus dengan seratus-peratus.
"Hu...." Oren turut menumpukan perhatian dalam menyekat pergerakkan Hijau. Sekarang ialah masa untuk dia praktis menguatkan kuasanya.
Kuasa pusaran yang dikeluarkan oleh Hijau agak kuat, jadi Oren tidak boleh mengawal pusaran itu mahu pun menghentikannya. Jalan terakhir yang dia ada ialah menajamkan lagi mindanya itu, kemudian menghentikannya dan menembak Hijau. Biru menilik jamnya, setiap perlawanan diperuntukkan masa selama 15 minit. Jika selama 15 minit itu masih tiada pemenang, maka mereka akan dikira seri seperti dia dan Merah.
"Aku perlu menang. Aku perlu jadi lebih kuat." Hijau bermonolog dalaman dan setelah itu menjerit kuat. "Ahhhh!"
Hijau memanggil puting beliung yang agak kecil pula, tetapi pusaran angin yang sedang disekat oleh Oren masih lagi dikawalnya. Maknanya sekarang ini, dia dapat memanggil dua jenis serangan dengan serentak. Hijau menjadi lebih fokus kerana mereka tidak diserang oleh Raidez, maknanya Hijau tahu dia mempunyai sedikit kelebihan memandangkan lawannya tidak berniat untuk membunuhnya dan tidak licik. Jadi, dia boleh fokus dengan kemenangan sahaja, dan tidak perlu berfikir untuk melindungi orang awam, rakan seperjuangan dan keadaan sekitar.
Serentak itu juga, Oren ditarik masuk ke dalam puting beliung kecil tersebut dan ia telah menyebabkan dia berpusing-pusing di dalamnya. Oleh itu, Hijau mencapai pistol airnya di tali pinggang dan bersedia untuk menembak.
"Aaaaaaaaaahhhhhh....Hiiiii.....Jau......Aaaaaaaaaaaa." Oren berpusing-pusing untuk seketika dan setelah itu berhenti berpusing apabila Hijau telah selesai menembak badannya.
"Maaf Oren..." tutur Hijau dengan nada serba-salah. Dia berlari anak ke arah Oren dan cuba memapah Oren yang sudah terbungkam di tanah.
"Hijau....Uwekkkkk." Oren terus muntah di situ. Hijau terus menepuk-nepuk belakang Oren dengan perasaan serba-salah.
"Huuu....Saya minta maaaaaaf..." Hijau hampir menangis sambil menepuk belakang Oren itu.
"Tak apa Hijau. Tak apa. Aku dah okey. Yup! Huh...habis semua keluar. Lega pulak rasa. Tak pernah pulak aku rasa selega ni. Hahahaha!" Oren ketawa. Serentak itu, Biru dan Kuning turut ketawa.
"Oh, kau agak hebat tadi, Hijau. Kau kawal dua serangan sekaligus. Itu agak hebat! Cayalah Hijau...!" Oren memuji Hijau sambil menunjukkan ibu jarinya ke atas kepada Hijau.
"Betul! Kau pun agak hebat Oren. Nampaknya korang berdua semakin hebat." Puji Biru dengan bersemangat.
"Mestilah, tengok ka...bwekkk." Oren menyambung aktiviti muntahnya tadi.
"Uh, macam teruk je kau muntah ni. Nak ke klinik?" duga Biru sambil menepuk bahu rakannya itu.
"Nope! Aku okey. Aku okey. So, siapa pula lepas ni? Kuning?" Oren terus berdiri tegak apabila mendengar perkataan klinik. Dia paling tidak suka ke klinik. Biru mengecilkan kelopak matanya sambil memandang ke arah Oren yang sudah segar bugar. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya.
"Tak, giliran Kuning esok. Jadi, sekarang ni kita akan berlatih menggunakan kuasa secara individu. Korang boleh ke tempat yang korang suka dan berlatih seorang diri. Korang mungkin boleh berlatih menggunakan gerakkan mempertahankan diri macam silat atau taekwando. Korang juga boleh pilih untuk berlatih dengan satu sama lain."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...