...sambungan Bab 44

40 10 2
                                    

...

YURINA menyuapkan mi goreng mamak yang dibuat oleh dia dan Henna tadi ke dalam mulutnya. Dia mengunyahnya dengan perlahan-lahan sambil memerhatikan gelagat Tina dan Mina di hadapannya. Henna pula ralit melihat Ayumi yang sedang makan. Hari ini, mereka berlima akan ke sekolah bersama-sama. Mina sedang menyakat Tina seperti selalu.

"Ish kau ni, hari-hari Dilan, Dilan, Dilan. Naik muak aku dengar." Sangkal Mina.

"Jeleslah tu sebab kau tak suka mana-mana lelaki sekarang. Apa kata aku tolong kau ushar si Niel, jiran sebelah kita merangkap kawan sekelas dan kawan Dilan. Kalau kita kahwin dengan diorang, maka kita akan jadi kawan baik untuk selama-lamanya."

"Hoi hoi hoi! Jauh sangat kau berangan ni oi. Kau belum dapat si Dilan lagi."

"Ala, kita sekarang ni berangan sampai gajah pun boleh terbang."

"Apa? Hahahaha! Apalah kau ni, Tina. Sampai gajah pun boleh terbang ya, hmmm. Kau tahu, aku tak kisah sangat pasal jiran kita yang lain tu, yang aku kisah atau nak tahu sangat ialah pasal si Zull ni."

"Kenapa dengan dia?"

"Ya, kenapa dengan dia?" Yurina turut mencelah. Jarang sekali Mina mahu bercakap tentang Zull. Jiran sebelahnya yang lain adalah juga disebut namanya, lagi-lagi Dilan.

"Kau tak rasa pelik ke dia langsung tak pandang perempuan? Macam Niel kan, walaupun dia jenis tak banyak cakap, aku rasa dia masih tertarik dengan perempuan. Sebabnya, sebelum ni aku ada nampak perempuan cantik lalu sebelah diorang semua, semuanya pandang ke arah perempuan tu, termasuklah si Niel. Tapi, si Zull ni samberono aje teruskan perjalanan. Macam 'i don't care it's just a girl', gitew."

"Oh ya? Bila masa? Aku tak perasan pun." Duga Yurina ingin tahu.

"Aku tak ingat. Ala, kalau ada perempuan cantik lalu lagi sebelah diorang lepas ni, kau perhatikanlah si Zull tu."

"Macam banyak pulak masa aku nak tengok si Zull tu pandang perempuan. Yang kau ni, memang selalu perhatikan Zull ke?" Yurina kepelikan.

"Ish, tak adalah. Haritu je aku terpandang reaksi balas dia. Kalau tak, memang haramlah aku nak tengok dia. Boleh muntah hijau kut. Bukannya ada rupa pun, tak boleh nak cuci mata ni ha."

"Eh! Ewah, kutuk ciptaan Tuhan tak elok tau."

"Er...Hehehehe. Sorry-sorry."

"Hm. Dah siap ke semua? Moh ler kita ke sekolah, nanti terlewat pulak." Yurina bingkas bangun dari duduknya dan menatang pinggannya ke sinki. Dia mahu mencuci pinggan dan kemudian bersiap untuk ke pintu utama. Kawan serumahnya yang lain mengikut dari belakang.

Usai membasuh pinggan, Yurina menyarungkan kasut sekolah ke kakinya dan berdiri untuk membuka pintu pagar. Dia orang pertama yang keluar dari rumah itu dan ia diikuti oleh Henna, Mina, Tina dan Ayumi. Sewaktu melepasi rumah jirannya, Tina berhenti.

"Eh, kau dah kenapa?" soal Mina apabila melihat kawannya berhenti.

"Selalunya kita bertembung dengan Dilan. Mana Dilan ya?" balas Tina sambil menjingkitkan kakinya ke depan dan cuba memandang ke dalam perkarangan rumah Dilan.

"Dia dah pergi dah kut, bukannya kita buat temu janji dengan diorang nak pergi sekolah bersama pada setiap hari pun. Dah jom!"

Mina menarik pergelangan tangan Tina dan meneruskan perjalanan. Tina mengikut dengan memuncungkan mulutnya. Yang lain sudahpun jauh ke depan, jadi mereka terpaksa terkinja-kinja untuk merapatkan jarak dengan kawan-kawannya yang lain. Mereka menunggu bas selama lima minit dan setelah itu barulah dapat menaiki bas apabila bas mula memunculkan diri dan berhenti tepat di hadapan mereka.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now