Di Sekolah Menengah Bukit Berapi (SMBB), Kelas Tingkatan 5 Gred A+, Pukul 8.30 Pagi.
SEORANG guru menutup buku teks dan memandang wajah pelajar-pelajarnya. Terdapat pelajar sedang berbual-bual dan langsung tidak memandang ke arah papan putih kelas. Ada juga pelajar yang sedang tidur dan ada yang sedang bermain-main dengan patung 'Barbie'. Kelas itu sangat bingit dengan perbualan dan percakapan para pelajar. Cikgu lelaki atau dipanggil sebagai Rosmanan (45) mengeluh.
"Okeylah. Kita belajar setakat ini ya. Sa-saya ada kerja." ujar Rosmanan mengigil-gigil apabila melihat Jason yang sedang memandang tepat ke arahnya.
Jason ialah samseng yang popular di bandar ini. Khabar angin mengatakan dia anak buah kesayangan Geng Ketupat iaitu gengster yang paling merbahaya. Jadi, semua guru serta pelajar sangat takut dengannya. Dia juga tidak tahu kenapa semseng seperti Jason masih ingin pergi ke sekolah.
Cikgu Rosmanan membimbit begnya dan cuba berlalu keluar namun, seorang pelajar perempuan menghalangnya sambil mendepakan tangan.
"Cikgu, cikgu baru mengajar 30 minit, ada masa lagi 60 minit. Cikgu ingin curi tulang ke? Saya bayar yuran dan datang sekolah sebab ingin belajar. Kalau cikgu tidak ingin mengajar baik tak payah jadi cikgu. Cikgu mengikut Akta Sekolah Kod 1311, seorang guru tidak boleh meninggalkan kelas tanpa sebab munasabah. Apa masalah cikgu? Saya tidak akan benarkan cikgu keluar jika masalah cikgu tidak munasabah bagi saya." jelas pelajar perempuan itu garang. Rosmanan mengerutkan dahinya.
"Budak ni lagi. Tak habis-habis dengan akta dia tu. Tiada seorang guru di sini pun yang peduli akta mengarut tu lagi. Aduhai. God saves me, please." getus hati Rosmanan.
"Ayumi, saya ada kerja ni. Maaf ya." ujar Rosmanan masih lagi berjalan menuju ke pintu kelas. Ayumi mengejarnya.
"Hoi, kau ni dah kenapa, hah!? Cikgu kata ada benda nak buat, kan. Biar ajelah. Kau susah-susah nak halang kenapa!? Duduk tempat kau sekarang sebelum sesuatu terjadi dekat kau." jerkah Jason (18).
Ayumi memandang Jason geram. Kemudian, dia berpaling ke arah Rosmanan semula dan cuba menghalangnya lagi.
"Cikgu! Cikgu!"
Jerit Ayumi (23) sambil langkahnya diperlajukan untuk mengejar Rosmanan. Ayumi memegang lengan Rosmanan. Namun, Rosmanan menepisnya dan terus berlalu pergi.
"Cis! Urgh!!!" Ayumi merengus kuat kerana geram.
Dia menuju ke arah tempat duduknya dan memasukkan semua buku ke dalam beg. Dia ingin membaca buku Sejarah sendiri di perpustakaan. Dia dapat mendengar ilaian tawa daripada Jason dan kawan-kawannya iaitu Robert dan Yassin.
Ayumira Qasmaran binti Samir atau nama manjanya ialah Ayumi menggalas beg galas tersebut dan cuba melangkah pergi. Namun, seseorang memegang lengannya.
"A-awak, awak nak ke mana Ayumi?" soal seorang perempuan bercermin mata bulat.
Dia ialah Henna Syahirah binti Zaman (23) atau nama panggilannya Henna dengan suara terketar-ketar. Ayumi menepis pegangan Henna kuat.
"Lepaslah! Kau tak layak bercakap dengan aku jika IQ kau lebih rendah daripada aku. Hmph! Jangan tegur aku lagi." marah Ayumi menyinga.
Dia terus keluar dari kelas tersebut. Henna membetulkan cermin matanya dan melihat tangannya yang memegang lengan Ayumi tadi. Dia tersenyum.
"Aku sentuh Ayumi. Gembiranya. Tangannya sangat lembut." bisik hati Henna.
Henna mengagumi dan menyanjungi Ayumi sejak dari zaman matrikulasi lagi. Henna berpaling ke arah Jason yang sedang galak ketawa.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...