...
Di dalam pasar pagi, pukul 10.
KUNING dan yang lain masih berada di atas rak. Paras air semakin menaik dan membuatkan mereka semua yang terperangkap berasa panik dan gusar. Kuning dan Oren telah mencuba bermacam-macam cara untuk keluar dari tempat itu. Namun, semua usaha mereka hanyalah sia-sia.
"Ini semua salah korang!" teriak Merah garang.
Biru, Kuning, Hijau dan Oren memandang ke arah Ayumi atau Merah dengan serentak. Mereka kepelikkan dengan luahan Ayumi.
"Kenapa pulak!?" pangkah Oren turut menyinga.
"Kalau korang rajin berlatih menggunakan kuasa korang, kita dapat keluar dari sini daripada tadi. Tapi, sebab dalam kepala otak kau ni hanya ada drama, drama dan drama kita semua terperangkap di SINI! Ini semua telah membuang masa emas aku. Aku sepatutnya berada di makmal. Ini semua salah kau juga BIRU!" jerkah Merah dan kemudian memandang ke arah Biru pula. Biru sekadar melepaskan keluhan ringan.
"Apahal pula ini pun salah Biru? Lagi satu, kau rasa aku dapat jangka ke ini semua akan terjadi!?"
"Heh, kalau kau tu belajar menggunakan kuasa kau lebih mendalam daripada asyik menonton TV sekurang-kurangnya kau dapat bawa kita keluar dari sini! Kau, kau langsung tak tahu apa yang kau dah buat. Kau telah membazirkan kuasa yang kau ada!" Merah meramas tangannya.
'Kuasa MINDA merupakan yang terkuat di dalam Pahlawan Pelindung (atau dengan kata lain, Night Stalkers).' kata-kata Prof. Rachan sebelum ini terlintas di kepala Merah.
Batu kuasa minda dimilikki oleh Mina. Jadi, ia seperti telah merobek taraf dan ego Ayumi kerana dia ingin diiktiraf sebagai yang terkuat. Dia tidak faham kenapa batu itu memilih Mina dan bukan dirinya. Dia ternyata lebih layak untuk itu.
"Apa yang kau mengarut ni."
"Heh!"
"Daripada awak berdua bergaduh, lebih baik awak semua fikirkan cara untuk bawa kami keluar. Itu semua tugas kamu sebagai adiwira." celah salah seorang daripada mangsa yang terperangkap.
"Siapa yang minta kena gempa dengan aku ni hah!? Kau rasa apa yang kami sedang buat sekarang ini? Korang hanya tahu bercakap. Kau ingat aku nak sangat ke selamatkan korang ni!?" teriak Merah garang dan membuatkan mangsa yang terdengarnya kaget.
"Merah..." tegur Biru dan menggelengkan kepalanya. "Kami minta maaf, kami akan cuba sedaya-upaya kami..."
"Tak, Biru. Kita bukan bekerja untuk mereka. Aku tak suka orang mengarah aku benda yang aku ingin lakukan. Aku cukup bencikannya. Dan mereka semua ini tidak pandai berterima kasih pun. Kau mungkin dah lupa, tapi aku tak akan sesekali lupa apa yang pihak OGK telah lakukan terhadap kita. Mereka tembak kita semasa kita berlawan di pasar malam (rujuk Bab 17: Katakot) sebelum ini. Suatu masa nanti, setelah kita dilupakan mereka juga akan melakukan hal yang sama." kata Merah serius. Biru mendiamkan dirinya.
"Kita semua terdesak Merah. Kadang-kadang kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita tidak suka untuk jangka masa yang lama sehinggalah suatu saat, sesuatu menyentuh lubuk hati kita. Keikhlasan. Kau tak ikhlas ke berjuang bersama-sama kami menentang kuasa jahat selama ini?"
"Tak. Aku cuma ingin menjadi yang paling kuat. Jalan kau dan aku jelas berbeza."
"Tapi, bukan itu yang aku nampak dalam diri kau selama ini." Biru tersenyum pada akhir ayatnya membuatkan Merah kegeraman.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...