...
Di atas bumbung hospital, LIMA minit sebelum itu,
PUTEH terhempap ke dinding dan terus memuntahkan darahnya. Komander Raphinarde terus menguap. Kemudian, dia berjalan perlahan-lahan ke arah Puteh dan berhenti di hadapan Puteh.
"Selesai. Aku boleh balik istana dan tidur. Hei, budak." panggil Raph. "Dah mati ke?" duganya dengan mata yang kuyup kerana mengantuk.
Pada sebelum ini, seseorang telah menyerang Puteh dan orang itu ialah Kerol. Puteh telah berlawan dengan Kerol dan telahpun menang kerana Kerol tidak pandai berlawan mahupun menggunakan kuasanya dengan baik pun. Mungkin kerana dia adalah manusia biasa di bumi dan bukannya Raidian yang membesar di dalam Raidez. Ayumi masih lagi berada di dalam Benteng Ais, jadi dia terselamat dari semua serangan itu.
Namun, setelah itu Puteh tiba-tiba sahaja diserang oleh orang lain iaitu Komander Raphinarde. Raph berdiri di hadapan Puteh yang seperti sudah pengsan itu. Dia meraba-raba badan Puteh kerana mahu mengambil batu permata Naga Ais, namun Puteh telah memegang kaki Raphinarde dan membekukannya. Raph menguap lagi. Dia ingin mencengkam kepala Puteh, tetapi tangannya tidak dapat bergerak.
"Huf...huf! Puteh kau okey?" soal Ungu (Joshua) dengan nafas yang tercungap-cungap kerana kepenatan dalam berlari dan kemudian melompat naik ke atas bumbung. Ungu telah memegang tangan Raph dengan tangan bayang-bayangnya itu.
Puteh mengangguk dengan perlahan-lahan dan terus tidak sedarkan dirinya. Ungu, Maroon dan ahli NS telah menuju ke sini apabila mendengar bunyi dentuman kuat iaitu bunyi yang turut didengari oleh Hitam di bawah hospital tadi.
"Serangan petir bertubi-tubi!" jerit Maroon dari belakang Raphinarde.
Raph menghayungkan pedangnya dan petir itu telah lenyap. Ais yang membekukan kakinya pecah dan pegangan tangan bayang dari Ungu juga turut terlepas. Raphinarde terlalu kuat dan ahli NS serta TBM bukanlah lawannya. Ungu berhenti menyerang untuk seketika seketika. Kelabu masih belum muncul kerana dia masih lagi mencari baju TBM miliknya. Selalunya, Roy yang menyediakan baju itu untuknya. Namun, memandangkan Roy tiada di sisinya, jadi proses dia bertukar menjadi Kelabu menjadi lebih lama.
Sebelum memulakan serangan ke atas Raph sekali lagi, Ungu, ahli NS dan Maroon berkumpul di satu tempat. Mereka perlu berkumpul kerana lawan mereka kali ini lebih kuat berbanding sebelum ini. Lawan mereka itu dapat memusnahkan serangan Ungu, Puteh dan Maroon dengan mudah. Jadi, mereka perlu berbincang dan membuat rancangan.
"Apa yang Komander Raph buat di sini?" bisik hati Maroon (Niel).
"Kita patut buat rancangan." bisik Biru (Yurina) kepada Kuning, Oren, Hijau, Ungu dan Maroon sambil matanya masih tertancap ke arah Raph kerana risau Raph akan memulakan serangannya. Namun, apabila melihat Raph tidak membuat apa-apa gerakan, barulah Biru menyambung kata-katanya.
"Mungkin kita patut..." belum sempat Biru menghabiskan kata-katanya, Maroon telah menyerang Raph kembali.
"Lembing Halilintar. Hiyaah!!" jerit Maroon kuat dan menghunuskan lembing itu ke arah Raph. Entah kenapa dia rasa amat menjengkelkan apabila melihat Raph berada di situ.
Biru terus mengeluh. "Huh, kau tak dengar pun kan."
Raph menghayungkan pedangnya dengan kuat dan ia diikuti oleh angin yang sama kuat dengan hayungannya itu. Sebenarnya, hayungan pedangnya dapat menghapuskan manusia biasa. Namun untuk seseorang yang mempunyai kuasa seperti NS dan Ungu, ia hanya akan menyebabkan mereka terpelanting jauh sahaja. Tetapi, nasib baiklah ahli NS dan Ungu telah bersembunyi di sebalik dinding bangunan yang terdapat di atas bumbung tersebut.
Maroon pula sempat membuat perisai dengan gabungan kuasa di antara kilat dan elektrik sama seperti sebelum ini iaitu ketika dia berlatih dengan Puteh. Jadi, dia dapat berlindung daripada kuasa Raphinarde itu. Kemudian, Maroon menyerang Raph lagi dan lagi tanpa henti. Raph hanya berada di posisi pertahanan dan bukan serangan kerana jika dia mula menyerang, maka mereka semua itu akan lesap. Jadi, dia mengambil keputusan untuk bermain-main dahulu dengan Maroon dan yang lain.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...