...sambungan Bab 22

88 13 0
                                    

...

Di Rumah Agam Ayuri, Pukul 4.30 Petang.

YURINA, Mina dan Henna sedang berdiri di luar pagar hadapan rumah Ayuri. Selepas balik dari sekolah, mereka bertiga pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan memasak. Usai membuat pekerjaan di rumah, mereka terus ke rumah Ayuri kerana ingin melihat keadaan Tina.

Tina tidak balik ke rumah sejak daripada pagi tadi dan ia merisaukan rakan serumahnya itu. Yurina menekan loceng rumah. Selepas seminit, barulah seseorang membuka pintu pagar dan menyambut mereka bertiga.

"Ya, ada apa?" soal Zalikha pembantu Ayuri.

"Ni rumah Ayuri kan?" soal Yurina. Mina dan Henna setia berdiri di belakang Yurina.

"Ya. Ah, Mina. Lama tak nampak."

Mereka saling mengenali memandangkan Ayuri dan Zalikha pernah ke rumah Mina sebelum ini. Mina tersengih-sengih dan bersalaman dengan Zalikha. Yurina dan Henna mengikut sama.

"Masuklah. Saya akan beritahu Cik Ayuri tentang kedatangan kamu di sini."

Zalikha berjalan menuju ke arah rumah Agam itu semula dan memasukinya. Mina, Yurina dan Henna mengikuti Zalikha dari belakang. Yurina, Henna dan Mina menunggu Ayuri serta Tina di ruang tamu. Sementara itu, Zalikha sedang menyediakan air minuman di dapur.

"Besarnya rumah dia kan? Tapi, sunyinya. Macam tak ada orang aje dalam rumah ni." Yurina memecahkan kesunyian.

"Itulah. Ugh, kalau rumah aku ni, memang kecohlah dengan anak-anak kawan mak aku."

Mina menyahut dengan matanya masih liar melihat sekeliling rumah Ayuri itu. Henna pula membetulkan posisi cermin matanya dan mengangguk.

"Ah, awak bertiga ya." tegur seseorang yang sedang menuruni tangga.

"Ayuri, kau ada nampak Tina tak?" soal Mina laju apabila melihat kelibat Ayuri.

"Tina? Oh, dia ada di sini. Katrina, lekaslah. Ada orang ingin jumpa."

Kemudian, kelihatan kelibat Tina turut menuruni tangga dengan memakai baju gaun berwarna kuning. Yurina, Henna dan Mina melopong melihat Tina yang begitu menawan.

"Ya, Aris."

Ayuri menyambut tangan yang dihulurkan oleh Tina dan mereka berdua terus menuju ke arah Yurina, Henna dan Mina.

"Tina, kau okey ke tak ni? Kau buat kami risau. Sudah-sudahlah berlakon tu. Kita balik ya." pujuk Mina. "Ayuri, kau pun okey ke?"

"Saya okey. Katrina, maksud saya Tina pun okey. Kenapa datang ke sini?"

"Er, sebab kami ingin bawa kawan kami Tina baliklah." jawab Yurina pantas.

"Oh. Boleh tak Cik Tina tinggal di sini buat sementara waktu? Awak ingin tinggal di sini kan?" Tina mengangguk.

"Ya, saya ingin tinggal di sini. Awak bertiga jangan risau ya. Saya akan balik juga...nanti." kata Tina tenang dan mengukirkan senyuman ringan. Yurina, Henna dan Mina memandang wajah antara satu sama lain.

"Oh ya, awak sangat cantik dengan gaun tu. Pandai betul awak pilih."

"Awak pun nampak kacak dengan baju tuxedo ni."

Tina menarik hidung mancung Ayuri dan mereka berdua tergelak kecil. Henna, Yurina, Mina dan Zalikha yang melihat hal itu tergamam. Mulut mereka seperti dikunci rapat sehinggakan tidak dapat menyuarakan apa-apa.

"Beb, jomlah kita pergi sekarang. Makin meluat pulak aku tengok Tina dan Ayuri ni. Masih lagi tak nak berhenti berlakon. Jom Beb, sebelum aku muntah hijau." bisik Mina ke telinga Yurina.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now