... sambungan Bab 23

87 15 0
                                    

...

ZULL memasuki kelasnya dengan tenang sambil matanya mengerling ke arah Niel yang sedang membetulkan posisi cermin matanya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi apabila dia sudah sampai di kerusi mejanya. Dilan pula sangat fokus menulis sesuatu dalam buku notanya tanpa menyedari kehadiran Zull di sebelahnya itu.

Sebaik sahaja Zull duduk, dia terus menyelongkar beg sandangnya sehinggalah dia terjumpa sebuah buku nota kecil. Dia membuka buku nota itu dan membeleknya laju sehinggalah dia tertarik dengan suatu mukasurat dalam nota tersebut. Zull mengamati isi di mukasurat itu tajam. Kemudian, dia berpaling ke arah Niel.

"...."

Zull berwajah serius dan mengerutkan dahinya seribu. Kemudian, Dilan tiba-tiba sahaja bersuara.

"Putera Hazel? Siapa tu?"

Dilan bertanya sambil membaca nama seseorang pada buku nota kecil yang dipegang oleh Zull. Zull menutup buku itu semula dengan cepat.

"Ish, Kek Coklat ni. Terkejut perut aku. Jangan main intai-intailah Siah oi. Kau tengok ajelah kat depan tu, belajar! Masa cikgu mengajar kenalah belajar."

"Ya? Habis tu kau?"

"Titew nak belajarlah ni. Titew masih menikmati rasa puas selepas berak tadi. Sibuk aje! Jom, jom inai, jom inai ibu kaki. Tersepak pokok inai berdarah ibu kaki..." Zull menyanyi dengan perlahan kerana tidak ingin Dilan bertanyakan sesuatu kepadanya lagi.

"Zull, sebenarnya aku nak beritahu kau sesuatu. Tapi, nanti kita sampai rumah aku beritahu." bisik Dilan.

"Eh, Siah ni. Asal semalam kau tak beritahu aku. Kenapa tunggu esoknya baru nak beritahu."

"Aku tak ingat. Lagipun, semalamkan kita sama-sama penat. Tambahan lagi, kau dalam kesakitan semalam. Kau masih sakit lagi ke? Kalau sakit lagi, kita minta tolong Khai sembuhkan kau nanti." cadang Dilan.

Semalam dia dan Zull berlawan dengan Senrose dan seseorang yang kuat di dalam Hutan Simpan. Zull menggelengkan kepalanya.

"Tak payahlah. Aku tak suka Sotong Celup Tepung tu sentuh aku." balas Zull malas. Matanya memandang ke arah Khai yang duduk di hadapan Nik dan Mior itu.

"Tak baiklah Zull." tegur Dilan dengan wajah garang. Zull hanya tersengih-sengih seperti emoji.

...

SELEPAS ITU, tepat pukul 11.00 pagi, loceng rehat berbunyi. Rata-rata pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas mereka untuk ke kantin sekolah. Mereka semua sudah kelaparan. Dilan, Mior, Nik, Khai dan Roy turut menuju ke kantin sekolah. Zull tidak mengikuti mereka kerana dia ada urusan yang perlu diselesaikan. Dilan beranggapan Zull ke Bilik Pengawas Sekolah seperti biasa.

Namun, Dilan tersilap. Zull tidak ke mana-mana, dia masih lagi berada di dalam kelas terbabit. Setelah semua kawan sekelasnya berada di luar, Zull berganjak menuju ke tempat duduk Niel. Pada waktu itu hanya Niel dan dia sahaja yang berada di dalam kelas.

"Assalamualaikum, aku Zull." sapa Zull sambil menghulurkan tangannya.

Niel memandang tangan itu kosong dan menyambutnya untuk seketika. Selepas itu, dia cuba menarik tangannya kembali. Namun, Zull memegangnya kuat. Niel memandang ke arah Zull dengan pelik.

"Kenapa kau pegang tangan aku ni? Aku minta maaf, aku tak suka lelaki." kata Niel selamba dan menarik tangannya kembali sekali lagi. Kali ini Zull melepaskan tangan Niel. Jawapan Niel tadi telah mengundang tawa Zull.

"Mail, perasannya kau. Bwahahahaha! Mana ada aku nak try kau, aku masih berminat dengan perempuan. Lagipun, hubungan songsang ni dosa besar, Allah murka." balas Zull dengan sengihan. Zull terus menarik kerusi kosong yang bersebelahan Niel dan melabuhkan punggungnya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now