...
SETELAH selesai, Ayumi dan yang lain menyalin pakaian di dalam tandas hospital. Mereka tahu di kawasan tandas hospital tidak mempunyai CCTV. Jadi, mereka tidak perlu risau. Setelah siap menyalin pakaian. Mereka keluar dari hospital itu dan bersedia untuk pulang.
Mereka berhenti di luar pagar hospital dan Ayumi mengambil telefonnya di dalam beg dan menelefon pihak polis. Setelah selesai dia menggalas begnya kembali dan cuba meneruskan perjalanan. Namun, dia berhenti. Yurina, Tina dan Mina mengikut Ayumi dari belakang. Mereka turut berhenti apabila Ayumi berhenti berjalan.
"Adakah itu Jason?" soal Ayumi apabila melihat Jason sedang terlantar di atas tanah di luar pagar hospital dan di bawah pokok pinang.
Tina, Mina dan Yurina telah meninggalkan Jason di situ. Mereka bertiga mendiamkan diri dan memandang antara satu sama lain. Ayumi menuju ke arah Jason. Dia mengetap bibir dan menyepak paha Jason banyak kali kerana geram.
"Ambik ni, ambik ni! Ni dan ni! Ah, baru puas hati aku!" marah Ayumi sambil menyepak paha Jason.
Yurina berlari ke arah Ayumi. Dia memeluk pinggang Ayumi dari belakang.
"Ayumi sudahlah tu. Anak orang kut." pujuk Yurina.
Yurina melepaskan pelukkannya dari pinggang Ayumi. Ayumi mendecis. Dia masih tidak berpuas hati. Dia menumbuk wajah Jason pula.
"Rasakan ni, ni dan ni!" marah Ayumi sambil menumbuk wajah Jason. Yurina menarik lengan Ayumi kuat. Mina turut menarik lengan Ayumi untuk pergi dari situ.
"Haih, perempuan ni. Sudah, sudahlah tu. Aku bagi jugak kan." ujar Mina malas sambil menarik lengan Ayumi.
"Ayumi, kita kena pergi dari sini cepat sebelum pihak polis sampai." ajak Yurina menarik lengan Ayumi kuat kerana Ayumi masih lagi berdegil. Selepas beberapa minit, Ayumi mula bertenang.
Mereka berjalan ke tempat perhentian bas berdekatan. Mereka bernasib baik kerana bas terakhir belum terlepas. Yurina, Mina dan Ayumi tidak menyuruh Tina untuk mengangkut mereka lagi kerana Tina sudah penat.
Tambahan lagi, apabila insiden dia mengangkut Jason tadi berlaku. Mereka risau Tina akan mencederakan otot dalamannya. Lagipun, jika mereka menggunakan Tina untuk mengangkut mereka ke rumah, sudah pasti Tina akan pengsan kerana perlu berulang-alik banyak kali.
Selepas 10 minit menunggu bas, bas telah pun sampai. Mereka menaiki bas dengan wajah penat dan pucat. Yurina, Mina dan Tina duduk di barisan paling akhir bas. Ayumi pula duduk di kerusi barisan kedua seorang diri. Dia tidak suka duduk sekali dengan yang lain. Ayumi mengerling jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Dia menguap.
"Haih, otak aku perlukan makanan." bisik hati Ayumi.
Dia kelaparan. Dia penat membuat antidot tadi. Ayumi mengusap kepalanya yang terasa sakit. Selang beberapa minit dia tertidur. Mina dan Tina turut tertidur. Tina tidur meniarap di atas kerusi sambil kepalanya diletakkan di atas paha Mina. Mina pula terlelap di bahu Yurina. Yurina turut rasa mengantuk.
Namun, dia perlu menahan rasa mengantuk itu memandangkan dia takut terlepas dari kawasan perumahan mereka. Dia harus berjaga kerana ahlinya yang lain sudah tidur. Dia pasti Ayumi sudah terlelap kerana kepala Ayumi sudah senget ke tepi tingkap bas dan tidak bergerak. Dia perlu menjaga ahli-ahlinya memandangkan dia adalah ketua mereka.
~ ~ ~
Pakaian Night Stalkers: Ini Kuning a.k.a Tina (kuasa terbang)
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...