Ungu dan Maroon praktis bersama-sama. Maroon akan mengajar Ungu untuk berlawan dalam menggunakan pedang dahulu memandangkan Ungu tidak begitu pandai dalam menggunakannya.
"Kau patut pegang pedang ni macam ni." Maroon (Niel) menyuruh Ungu (Joshua) memegang pedang dengan kedua-dua tangannya dahulu supaya pegangan Ungu pada pedang itu kuat.
Ungu mengikut dengan menggigit bibirnya kerana mahu fokus, tetapi setelah itu dia melepaskan keluhan, "Huh! Kau tahu Maroon, aku akan rasa lebih bersemangat kalau ada perempuan."
"Tapi, mereka tak ada sekarang ni."
"Itulah yang aku cakapkan. Bila Puteh nak jumpa Night Stalkers ni. Aku rasa kita patut berlatih bersama-sama dengan mereka. Yalah, boleh menjalinkan hubungan silaturrahim."
"Atau menjalinkan hubungan dengan kau." Sindir Maroon cepat.
"Aahahahaha! Lawaklah kau ni, Maroon. Macam tahu-tahu je."
"Siapa tak kenal dengan perangai gatal kau. Kau sama aje macam Aloise." Maroon menggerutu di dalam hatinya. Aloise ialah Putera tunggal Raja Zach di Kastelhalia (Raidez) merangkap kawan sejak kecil dan sepupu angkatnya.
"Sekarang ni kau perlu fokus Ungu. Kau perlu jadi kuat untuk sekurang-kurangnya melindungi diri kau. Kalau aku dan Puteh dilumpuhkan dengan lebih awal, maknanya kau perlu berlawan seorang diri. Ia situasi yang membahayakan Ungu sebab kau tak tahu betapa kejamnya musuh terhadap kau. Mereka bukan hanya mahu melumpuhkan atau melemahkan kau, tetapi mahu membunuh kau terus. Mereka semua sekejam Raja..." Maroon atau Niel berhenti bercakap apabila mula tersedar bahawa dia hampir terlepas cakap mengenai Raja Zach.
Baginya Raja Zach sangatlah kejam termasuklah kepada anaknya sendiri iaitu Putera Aloise. Sampai sekarang dia tidak faham kenapa arwah Putera Must atau Pak Cik Muslim yang merupakan ayah angkatnya membawa dia ke Istana Kastelhalia dan menyuruh dia menyembunyikan batu permata Saphira Galvanik pemberian Elena (ibu angkatnya di dunia) semasa di sana. Dia tidak tahu apa yang cuba dirancangkan oleh arwah Pak Cik Muslim.
Pak Cik Muslim menjadikan dia anak angkat semasa berumur 8 tahun iaitu selepas ibu angkatnya, Elena meninggal-dunia. Pada umur 8 tahun itu juga, dia dibawa oleh Pak Cik Muslim ke Istana Kastelhalia dan diperkenalkan kepada orang ramai sebagai anak angkat Putera Must (Muslim). Dia mendapat gelaran Putera Hazel dari situ. Semuanya kerana matanya yang berwarna coklat hazel. Tetapi, dia masih ingat satu pesanan dari Putera Must kepadanya sebelum dia meninggal-dunia.
"Kamu perlu musnahkan Raidez dari dalam dan kekalkan hati kamu semasa berada di sana. Kekalkan hati kamu yang belum disentuh oleh kejahatan ini." Itulah pesanan arwah Putera Must atau Pak Cik Muslim kepadanya. Mungkin ia adalah tujuan sebenar Putera Must membawa dia ke Istana Kastelhalia.
Namun, kata-kata itu kadang-kadang membuatkan dia ketawa sendiri. Dia mengalahkan Raidez? Macam mana? Dia tidak sekuat Pegawai Tertinggi Istana. Lagi-lagi dengan Jeneral Airez dan Komander Raphinarde. Dia tidak pernah melihat kekuatan Komander Raphinarde, tetapi Komander Raphinarde adalah bekas anak murid dan bekas OK (Orang Kanan) bekas Jeneral Agness iaitu lelaki yang paling kuat di dalam Raidez yang telah lama menghilangkan diri.
"Kau okey ke Maroon? Tiba-tiba senyap je, takut aku. Takut kau kena sampuk ke. Hehehe."
"Tak ada apa-apalah."
"Tapi, betul cakap kau. Aku perlu jadi lebih kuat..."
"Betul."
Maroon mengangguk-angguk. Akhirnya, kawannya itu faham juga. Semenjak dia turun ke bumi, dia mula menjalinkan hubungan persahabatan dengan Joshua memandangkan Joshua selalu mengikutinya dan Joshua merupakan orang yang duduk di meja sebelahnya di dalam kelas. Jadi, dia banyak meluangkan masa dengan Joshua berbanding dengan yang lain.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...