...sambungan Bab 31-2

41 9 0
                                    

...

TIDAK sampai satu minit, mereka telah sampai di bumbung blok E iaitu blok tingkatan 5. Mereka sedang mengintai keadaan dari atas sehinggalah mata mereka tertumpu kepada bunyi dentuman dan kekecohan di bahagian belakang bangunan.

Tanah sedang menggunakan kuasa tanahnya untuk memegang tangan seorang perempuan yang digelar sebagai Echo. Namun, Echo memecahkan tanah buatan Tanah tersebut dengan mudah. Lantas, Echo menyerang Tanah dengan laju.

Tanah menahan dan melindungi dirinya daripada serangan tersebut dengan menggunakan lapisan tanah berganda. Disamping itu juga, deruan kuasa angin menuju ke arah Echo dengan laju. Echo menepisnya dengan mudah. Angin (Mila) kegeraman apabila kuasanya ditepis dengan begitu sahaja.

"Itu sahaja ke yang kamu ada wahai Pahlawan Pelindung?" sindir Echo.

"Cis!" Tanah (Fara Dhia) merengus marah kerana tidak berpuas-hati.

"Pencakar Langit!" laung Tanah dan beberapa ceruman tanah mencanak naik ke atas dan mengikuti langkah Echo yang sedang cuba melarikan diri dari serangan itu.

Serentak itu juga, Air (Ng Mei) menyerang hendap Echo dengan menumbuk bahagian wajah dan abdomen Echo hanya dengan menggunakan kuasa air miliknya. Echo kegeraman dan menuju ke arah Air dengan laju. Dia menyepak muka Air kuat sehingga Air terpelanting jauh dan hampir tekena dinding di belakangnya.

Pada waktu itulah, Minda menjadi penyelamat dengan mengapungkan tubuh badan Air dan meletakkan Air ke bawah dengan berhati-hati. Echo terus memandang ke arah Minda dengan pandangan tajam.

Minda (Mimi Nazira) sedang teapung di udara dengan mata hitamnya telah bertukar menjadi kelabu. Ia menunjukkan dia sedang menggunakan kuasa tahap PENUH yang dia miliki. Di dalam kumpulan Guardiana, hanya Minda dan Ringan (Wing/Raudhah) sahaja yang telah membuka kuasa TAHAP PENUH mereka.

Manakala, yang lain masih berada di tahap SEPARUH. Jika, di dalam Army pula, kesemua mereka telah mencapai TAHAP PENUH. Mereka telah menjadi semakin kuat selama 11 bulan menjadi pemegang batu-batu tersebut.

Echo turut ingin menyerang Minda dengan kuasa larian laju yang dia miliki. Namun, dia tidak berjaya apabila Minda mula dapat mengawalnya. Echo sudah hilang kawalan dengan tubuh badannya sendiri.

Minda menaikkan jari telunjuk kanannya ke atas. Gerakkan itu telah menyebabkan Echo berada di udara dan sedang meronta-ronta. Kemudian, Minda menaikkan tangan kirinya dan mengalunkannya dengan lembut.

Gerakkan itu telah menyebabkan pasir di atas tanah itu bergelora. Serentak itu, Minda meramas tangannya dengan erat. Hal itu telah menyebabkan Echo dikerumun oleh pasir-pasir yang kecil dan diserang dengan kuat. Ia telah melukakan kulit luaran Echo. Echo tidak berputus-asa dan mengangakan mulutnya luas.

"AAAAAAAAAAAAHHHHH!!" laung Echo kuat dan serentak itu telinga Minda (Mimi), Wing (Raudhah), Tanah (Fara), Air (Ng Mei) dan Angin (Mila) berdarah.

"Ais!!!" laung Ais atau Adam.

Sahutannya itu telah membuatkan sebilah pedang berbentuk ais menusuk laju ke dada Echo. Echo memuntahkan darahnya dan tidak lama selepas itu ia berterbangan menjadi abu. Ais mendarat ke bumi dengan bersahaja dan menghembuskan nafas lega.

"Awak semua tak apa-apa. Seperti biasa, kau memang hebat Mimi." Puji Ais kepada Minda atau Mimi.

"Don't mention it...still, I can't beat you." Balas Minda dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Uh, who can beat me anyway." Ais mengangkat bakulnya sendiri.

"Cakap besar." Bidas Tanah (Fara).

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now